Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 06, 2013

Pakatan Rakyat 10 minit, BN siaran langsung



KUALA LUMPUR 6 APRIL: Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.
“Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Manifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.
Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.

“Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti,” katanya dipetik TV Selangor.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive