Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 03, 2013

PARLIMEN TELAH DIBUBARKAN

3/4/13 @11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.   
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011. 
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.
  
Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.
  
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
  
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
  
Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
  
Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
  
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.
  
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
  
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
  
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan  17 pilihan raya kecil diadakan.

Malaysiakini

7 ulasan:

  1. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. dah kena asak kiri-kanan-atas-bawah-depan-belakang. Akhirnya bubar.....pangkah ABU...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/4/13 1:19 PTG

    JGN LUPA SEMUA UNDI PR YA...TQ.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3/4/13 6:39 PTG

    KAMI SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN ( NGO ) YANG MEMBANTU ANDA MEMPEROLEHI JODOH DIRUANGAN SELAMAT MENJEMPUT ANDA MENYERTAI KAMI -

    Group JODOH Ohh JODOH EXCLUSIVE Kami adalah paling selamat yang dicipta untuk kerahsiaan maklumat peserta,kebanyakan page mahupun laman jodoh seperti myjodoh,cari jodoh online,kelab mencari jodoh malaysia dan lain-lain mempamirkan maklumat diruangan terbuka adalah mengundang jenayah cyber tanpa kita sedari..

    kami TIDAK mengenakan apa-apa bayaran malah kami pula yang memberikan keistimewaan kepada warga seperti :

    # potonan 40% kursus perkahwinan,
    # khairat kematian,
    # bantuan bencana,
    # perjumpaan Negeri
    # program-program daqwah..
    # Lawatan amal kebajikan dan program bersama badan kerajaan yang lain.

    kami pantau dengan ketat group JOJ 24 jam..kami tidak membiarkan warga kami terkontang kanting sendirian mencari jodoh dan kes2 penipuan segera kami cantas demi keselamatan semua warga kami...


    Syarat-Syarat dan Peraturan Kemasukan warga GROUP JODOH Ohh JODOH EXCLUCIVE

    @ umur 25 tahun ke atas (serius, jujur, ikhlas)
    @ Bujang / duda / ibu tunggal @ janda sahaja
    @ Tunang Orang,Dalam Perhubungan,Suami / Isteri orang..Gantung tak bertali dan sebagainya adalah DILARANG KERAS..

    WAJIB DIBERIKAN KEPADA KAMI

    - Sebelum Anda memasuki Group JODOH Ohh JODOH EXCLUSIVE kami, anda perlu memberikan biodata dan gambar kepada pendaftar-pendaftar kami untuk saringan dan temuduga.
    seandainya layak pentadbir joj akan mendaftarkan anda..

    @ Nama:
    @ Alamat:
    @ No phone: ( jika perlu )
    @ Umur:
    @ Asal:
    @ Perihal peribadi:
    @ Pasangan yg dicari:

    MAKLUMAT WARIS

    @ Nombor Phone keluarga terdekat ( abang/adik/kakak/ibubapa ) untuk pengesahan status terkini..

    ANDA MESTI LAPORKAN

    @ Individu yg menipu STATUS PERKAHWINAN,
    @ Penipuan seperti meminjam dan meminta wang dengan cerita meraih simpati,
    @ Playboy,playgirl dll..
    @ Berbual sex di inbox,sms,chating
    @ Membuatkn warga joj takut..(ugutan/menganggu ketenteraman/batu api dll.
    @ Pengunaan bahasa kasar/kesat/sindiran adalah dilarang..

    http://e-jodohijim.wix.com/ijim

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4/4/13 11:23 PG

    Hi there I am so glad I found your webpage, I really found
    you by mistake, while I was searching on Digg
    for something else, Anyhow I am here now and would just like to say many thanks for a remarkable post
    and a all round exciting blog (I also love the theme/design),
    I don’t have time to go through it all at the minute but I have book-marked it and also
    included your RSS feeds, so when I have time I will be
    back to read a great deal more, Please do keep up the great work.


    Also visit my homepage: Adrianne curry biography

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive