Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 25, 2013

PKR dakwa peti undi SPR dibawa ke lokasi 'rahsia'

PKR mendakwa mendapat maklumat mengenai dakwaan bahawa peti undi yang sepatutnya dihantar ke ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didakwa telah dialihkan ke sebuah lokasi "rahsia".

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa sebuah kenderaan yang membawa peti undi ke ibupejabat SPR di Putrajaya bertemu dengan Pajero SPR di laluan keluar lebuh raya dan dibawa ke satu alamat rahsia di jalan SC2 di Zon Perindustrian Sg Chua di Kajang.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mendakwa di lokasi rahsia, beg polyester besar mempunyai logo SPR dan dipercayai mengandungi peti undi, kemudiannya dipunggah.

Katanya, ini memerlukan penjelasan segera mengapa ia dilakukan dengan cara yang mencurigakan.

Menurut Anwar, seorang pemberi maklumat telah memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 8 April.

Beliau menunjukkan kepada media gambar-gambar beg polyester itu yang diambil oleh pemberi maklumat tersebut, tetapi tidak mengedarkan kepada mereka, atas alasan perlunya melindungi identiti pemberi maklumat itu.

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/2013/04/pkr-dakwa-peti-undi-spr-dibawa-ke.html

2 ulasan:

  1. Awas penipuan telah pun dimulakan..... sila berwaspada dari sekarang.jaga-jaga SPR....ada mata yang memeharti... jeng jeng jeng

    BalasPadam
  2. 600000 rakyat Malaysia telah berikrar untuk? Lihat sini

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive