Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 27, 2013

Nik Aziz lancar surat Tokoh Ma'al Hijrah Dr Yusof Al-Qaradawi sokong Anwar jadi PM






Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan
kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni
terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi
beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang
berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul
dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk
Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha meningkatkan
sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut
dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan
sulungnya pada pilihan raya umum 2008.


NONESebelum
ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk
meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam
gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim, 

“berdasarkan
sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan
kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga
kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan
rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia
selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan
Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama
Islam.

sharpshooterblogger

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive