Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 02, 2013

Dipaksa menari bogel

Wang dipinjam dari ceti haram atau along hanya RM1,000, namun seorang penjual kacang putih menanggung azab apabila diculik sebelum dibelasah 15 samseng yang diupah along yang dipercayai anggota kongsi gelap terkenal Geng 04.

Lebih menyeksakan apabila mangsa, S Mohan, 43, dipaksa berbogel sebelum diarah menari di hadapan rumah ketua samseng terbabit jika tidak mahu dibunuh.


Mangsa yang ditemui di pejabat Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam, berkata, penderitaan itu bermula apabila dia berhutang RM1,000 dari seorang ceti haram pada Oktober tahun lalu selepas menghadapi masalah perniagaan.

“Saya diugut untuk dicederakan selepas gagal melangsaikan hutang pada tempoh ditetapkan along berusia 20-an itu.


“Mereka mengekori saya setiap hari sebelum menculik saya di hadapan sebuah bank di Sitiawan pada jam 7.30 malam, pada 4 Januari lalu,” katanya.


Menurutnya, dia dipaksa menaiki sebuah kereta oleh lapan lelaki sebelum dibawa dan dikurung di sebuah bangunan.

“Seramai 15 lelaki termasuk beberapa belia yang menyertai kumpulan kongsi gelap 04 muncul di premis itu tidak lama kemudian sebelum membelasah saya beramai-ramai.


“Saya ditumbuk, ditendang dan dipijak kumpulan samseng terbabit hingga lembik. Saya merayu supaya dilepaskan namun mereka langsung tidak mengendahkan jeritan saya,” katanya yang mendakwa dipukul hampir dua jam.

Dia dibawa pula ke sebuah rumah di Taman Acheh Jaya, Setiawan sebelum dipaksa membuka baju dan menari di hadapan rumah milik seorang ketua samseng Geng 04 itu.


“Mereka menjatuhkan maruah saya apabila merakam aksi saya itu menggunakan kamera video.


“Kumpulan samseng itu memaksa abang ipar saya membayar wang tebusan RM20,000 yang didakwa ‘bunga’ dari wang dipinjam saya sebelum ini,” katanya.


Mohan berkata, abang iparnya itu bagaimanapun tidak mampu menyediakan jumlah wang diminta kumpulan samseng itu.


“Saya dibebaskan samseng terbabit pada jam 7.30 petang keesokannya sebelum dipaksa membayar wang RM20,000 dalam tempoh seminggu.


“Sebelum melepaskan saya, mereka mengugut akan membunuh isteri dan menculik anak lelaki saya berusia 2 tahun jika saya gagal menyediakan wang diminta,” katanya.


Akibat takut sesuatu buruk berlaku, dia bersama isteri dan anak melarikan diri dan bersembunyi di rumah kakaknya di Kedah.


“Kumpulan terbabit yang berang kerana gagal mendapatkan wang diminta bertindak ganas memecah masuk rumah saya di Setiawan sebelum merampas motosikal, peralatan rumah selain kereta Proton Iswara milik abang ipar saya pada 18 Januari lalu.


“Kami sekeluarga menjadi mangsa keganasan samseng along itu. Saya sekeluarga kini hidup bagaikan pelarian apabila terpaksa berpindah-randah berikutan bimbang dibunuh mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.


Menurutnya, masalah itu sudah dilaporkan kepada polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 30 Januari lalu.


HM



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive