Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 13, 2013

SYABAS GUNA TAKTIK KOTOR?





Syabas dingatkan tidak guna taktik kotor putuskan bekalan air

Sekali lagi kawasan Ampang dan Gombak telah dilanda krisis air sejak lebih 24jam yang lalu berikutan paip pecah di kawasan Batu Caves seperti yang dilaporkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam. Berikutan itu, lebih 65,000 penduduk di Wilayah Gombak termasuk Ampang putus bekalan air dan dijangka berlarutan selama lima hari.

Saya berharap bahawa permasalahan air ini benar-benar berlaku dan ia bukanlah satu taktik kotor BN Umno di bantu Syabas untuk memburukkan kerajaan Selangor dengan memainkan isu air di Ampang dan Gombak. Saya pernah mengeluarkan kenyataan media awal tahun ini bahawa perkara ini akan berulang apabila tarikh pilihan raya semakin dekat.

Alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika pihak Syabas membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul. Sebagai syarikat swasta Syabas patut malu kerana sering dilanda masalah kerosakan dan sebagainya kerana ini membuktikan ia hanya mengaut untung dari rakyat tetapi tidak menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Pihak saya akan menjalankan siasatan tentang isu ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika kami dapati Syabas main kotor. Sementara itu saya telah pun mengerah ahli-ahli majlis kawasan terlibat memantau kawasan terbabit dan memastikan lori tangki serta tangki-tangki statik di bekalkan dengan air bersih untuk meringankan beban pengguna di kawasan Ampang.

ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

2 ulasan:

  1. 3 taktik kroni haramjadah bangsat malay umno
    1. Hina bangsa melayu sendiri hidangan blue
    2. Sekat dana kerajaan pusat kpd negeri d kuasai islam melayu
    3. Merogol bekalan air sehingga parah tak terguna oleh melayu lain

    Mtk tlg sambung...

    BalasPadam
  2. Begitu lah syabas. Tahniah dan syabas..syabas.
    Aku pun sbgai pengguna biasa pun kena. Bila paip bocor slp meter, syabas akan kaya raya.pengguna akan merana nak kena byr bil riburiban. Apa ke jadah mcm ni. Tolong sampuk dan jwb.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive