Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 29, 2013

MESTI BACA: CATATAN SEORANG PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA




"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.

Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.

Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.

Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.

Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..."


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

4 ulasan:

  1. Sebenarnya bukan penjawat awam di Putrajaya saja yang impikan kepimpinan negara yang ditunjangi oleh pemimpin yang taatkan Allah,malah diseluruh Malaysia juga inginkan kepimpinan sebegini. KSU dan KP Kementerian dan Jabatan juga inginkan kepimpinan yang tidak rasuah,amanah dan tidak mengganggu tugas penjawat awam dalam melaksanakan kerja ikut peraturan yang ditetapkan! Kalau adapun KSU atau ketua Jabatan yang menyokong UMNOBN ini mungkin kerana mereka yang menurut perintah ataupun mereka ini juga sekongkol dalam melakukan rasuah dan salah guna kuasa! Namun saya percaya dan yakin Penjawat awam hampir kebanyakannya menyokong PR dalam diam kerana Meluat dengan pemimpin yang rasuah dan salahgunakan harta rakyat untuk kayakan diri,keluarga dan kroni! Inikalilah! Kalau bukan 5 Mei...bila lagi?

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya, saya rasa terharu semasa membaca luahan rasa dari sahabat kita di Putrajaya ini. Semoga doa yg kita panjatkan kepadaNya akan dimakbulkan demi kezejahteraan umat..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...Allah telah membuka mata & hati org Putra jaya utk bersama2 pejuang PR yg menentang kemungkaran di bumi Malaysia tercinta....Semoga negara kita lebih diberkati ALLAH di bwh pemerintahan pemimpin yg zuhud

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1/5/13 9:36 PTG

    alhamdulillah lah klu putra jaya jatuh d tgn pakatan rakyat. Dgn ini perancangan DAP AKAN BERJAYA utk MEMBUANG 30% penjawat awam yg mana kini 80% d antara mrk adalah org melayu...JGN MENYESAL bila suami @anda MENGANGGUR!! Bos aku janji mcm2 kt kaw.adun dia, bila dah menang janji pd org kg hanya tinggal janji...bila org kg nk jumpa lari, aku dan staf lain jadi mangsa..depan org baik,mulut manis,bila belakang org habis d maki hamun...kami tengokkan je..tp aku sempat ingat kan dia,dlm hadis qudsi, Allah kata kalau kita tak tunaikan hak org nanti Allah AMBIK HAK KITA DGN CARA PAKSA!!sbb tu projek2 n bisnes dia byk LINGKUP!!skrg berangan nk putra jaya pulak

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive