Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 21, 2013

VIDEO KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN




SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi.




Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian.

“Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain,” katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, satu sidang akhbar berhubung kejadian akan diadakan petang nanti oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.

SH

BERITA BERGAMBAR:

kemalangan maut di federal highway
Gambar dan Video Kemalangan Maut di Lebuhraya Persekutuan
Berita tergempar 21 April 2013, satu kemalangan maut melibatkan ramai mangsa telah berlaku di Lebuhraya Persekutuan. Kemalangan maut itu dikatakan berlaku seawal jam 4 pagi 21 April 2013.

Satu kemalangan yang sungguh dasyat dan menyayat hati. Melalui maklumat yang tidak rasmi yang diterima kemalangan ini melibatkan lebih daripada 12 orang dan 7 dikatakan maut dan selebihnya cedera.
foto accident di federal highway
Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 buah kereta. Kemalangan ini boleh dikategorikan sebagai kemalangan yang ngeri kerana dilihat mayat-mayat bergelimpangan dengan ada yang terputus badan, tangan dan kaki.

Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang dikatakan mabuk melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di tepi Lebuhraya secara berkumpulan.
gambar accident di lebuhraya persekutuan

gambar kemalangan di lebuhraya persekutuan

Kemalangan di Federal Highway

kemalangan maut di lebuhraya persekutuan

blogammar

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive