Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 03, 2013

3 MAUT TRAGEDI TEBING RUNTUH



KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan di Taman Sierra, Ukay Perdana di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan.

"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang.

"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai.

- Bernama

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive