Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 05, 2013

MALAYSIA DIBELASAH JERMAN


Malaysia dibelasah 0-6 dengan Jerman

JOHOR BAHARU, 4 Julai:  Skuad hoki negara tewas 0-6 ditangan pasukan No. 1 dunia, Jerman pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, di sini sebentar tadi.

Misi Malaysia memburu tiket ke Piala Dunia 2014 menemui laluan sukar apabila dibelasah 6-0 oleh Jerman dalam saingan suku akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya di sini malam Khamis.

Skuad bimbingan Paul Revingthon ternyata gagal menyaingi kehebatan Jerman yang menduduki ranking pertama di dunia dan terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Malaysia gagal menempatkan diri di tangga ketiga teratas kejohanan tersebut sekali gus memerlukan pasukan itu bekerja keras untuk menang dalam Kejohanan Piala Asia di Ipoh, Ogos ini, yang menjanjikan tiket untuk beraksi di The Hague, Belanda, tahun depan.

Sebaik perlawanan dimulakan Malaysia terus diasak bertalu-talu oleh Jerman dengan gol pertama singgah seawal minit kelima hasil pukulan sudut penalti oleh Christhopher Zeller.

Selang tiga minit kemudian, gawang gol negara sekali lagi dibolosi oleh Jerman menerusi Linus Butt dan lebih memalukan dua gol lagi bertandang selang dua minit iaitu hasil jaringan Moritz Polk (10') dan Christhopher Zeller (12').

Biarpun sorakan lebih 3,000 penyokong yang membanjiri stadium itu bergema, namun segala percaturan yang dilakukan baik pemain pertahanan negara serba tidak menjadi apabila begitu mudah dibolosi pemain lawan.

Padahnya, dua lagi gol berjaya dijaringkan pada minit 16 dan 18 menerusi Moritz Furste dan Thilo Stralkowski.

Malaysia berpeluang untuk menjaringkan gol pada dalam minit terakhir melalui pukulan sudut penalti namun benteng pertahanan Jerman ternyata terlalu ampuh untuk ditembusi.

Berbeza rentak pada babak kedua perlawanan, pasukan negara kali ini dilihat lebih bersedia menghadapi asakan demi asakan selain menyerang ke kubu pasukan Jerman.

Namun ia tidak mencukupi untuk pasukan Malaysia menjaringkan sebarang gol walaupun memperoleh beberapa peluang.



Pada perlawanan suku akhir lain, Korea Selatan mengejutkan Pakistan 4-3, England mengalahkan Jepun 5-0 dan Argentina mengecewakan Afrika Selatan 2-0.



Pada perlawanan separuh akhir Sabtu ini, Argentina akan menentang England manakala Jerman berdepan dengan Korea Selatan.



Malaysia pula akan beraksi pada perlawanan menentukan kedudukan lima hingga kelapan dengan menentang Pakistan manakala Afrika Selatan bertemu Jepun pada hari yang sama.



--BERNAMA




RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

1 ulasan:

  1. mohd azrul5/7/13 9:20 PG

    walaupun kalah skuad hoki negara rakyat malaysia tetap menyokong malaysia

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive