Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 22, 2013

Surat cetus huru hara: Pengganas Kiram ugut ceroboh Sabah lagi?




Surat yang didakwa daripada kesultanan Kiram, cawangan Pejabat Daerah Tambunan

Surat diatas telah tersebar melalui media sosial kononnya pengganas Kiram mahu menawan daerah Tambunan seterusnya mencetuskan huru hara setelah gagal dalam percubaan di Kg. Tanduo Lahad Datu awal tahun ini.

Namun kesahihan surat itu tidak dapat dipastikan kerana sesiapa sahaja boleh mereka tulisan dan alamat surat berkenaan. Dan menjadi tanya tanya alamat pengirim ialah daripada Syarikat Pilak Keluarga Kiram. Orang Sulu yang menjadi pendatang haram di Sabah memang digelar sebagai "Pilak" oleh masyarakat tempatan namun mereka tidak pula akan membahasakan diri mereka sebagai "Pilak".

Walauapapun, kerajaan  telah memberi amaran tegas kepada sesiapa sahaja yang ingin mengganggu gugat kedaulatan negara. Pasukan keselamatan kita sentiasa bersiap sedia di barisan hadapan! Laporan penuh dari Bharian:


Polis, tentera bersiap siaga hadapi kemungkinan Tambunan diceroboh

Bagan Datoh: Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.


ESSCOM sudah bersedia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam.

Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama.

“Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos... Julai kita sudah tunggu.

“Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam.

tengoktvonline



KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

1 ulasan:

  1. semoga tambunan sabah aman dari pengganas sulu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive