Bekas IGP kait tembakan di Jempol dengan pendedahan Sanjeevan
Percubaan membunuh pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menulis dalan Twitter, beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram.
Menurut akhbar TheStar, Sanjeevan ditembak pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan.
Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah.
Astro Awani melaporkan bahawa Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu di simpang berhampiran Taman Cempaka.
Menurut laporan itu lagi, Sanajeevan sedang merokok dan menurunkan cermin kereta apabila dua lelaki bermotosikal merah datang dari belakang.
Pemboncengnya, menurut laporan itu, kemudian mengeluarkan pistol dan menemba Sanjeevan. Dia cedera di dada kanannya tetapi tak pasti berapa banyak tembakan dilepaskan.
Sanjeevan mendapat perhatian umum akhir tahun lepas apabila beliau menganjurkan siri sidang akhbar bersama dengan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan.
Antara lain, Musa mendakwa terdapat pegawai polis berpangkat tinggi yang ada kaitan dengan sindiket jenayah.
Berikutan ini, Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman bunuh dan telah diserang di Kuala Lumpur pada bulan April.
MK
KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN