MESIR: Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.
Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.
Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.
Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.
HD
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
sama2 kita berdoa islam dimenangkan!
BalasPadamsumber mana ni? takkan baru tengok gmbr dah ckp ditembak masa sembahyang subuh?
BalasPadamsama2 kita berdoa bumi itu dilimpahi rahmat Allah. Tapi harap org disini jgn menulis sebarangan. bagi sumber.
Innalillah hiwainna ilaihirojiunn..
BalasPadamKan dah ckp sumber dari ikhwanonline... xbaca ka?
BalasPadamkenapa perkataan terbunuh tidak dibunuh?
Padam