Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 06, 2013

MAYAT RENTUNG DIBAKAR DENGAN TAYAR MOTOR

Unit Forensik polis sedang memeriksa mayat rentung yang ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang, semalam. Foto: Ihsan Oriental Daily

AMPANG - Mayat rentung yang masih berasap ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Nazri Nawawi berkata, mayat yang dipercayai dibakar dengan tayar motosikal itu, ditemui orang awam kira-kira jam 10.45 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan terbakar 100 peratus.

"Keadaan itu menyukarkan kita untuk mengenal pasti identiti serta jantina mangsa. Dokumen pengenalan diri miliknya juga tidak dijumpai.

"Bagaimanapun, masih terdapat kesan pakaian yang melekat pada badan mangsa," katanya.

Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya mangsa baru sahaja dibunuh, sebelum ditemui orang awam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.

Katanya, sesiapa yang kehilangan kenalan atau ahli keluarga dimintahubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian, 03-42897222 atau pergi ke mana-mana balai polis terdekat.

SH


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive