Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 10, 2013

TUDIA CALON PR DAN BN YANG AKAN BERENTAP DI PRK BESUT

Haji Azlan Endut Bin Yusoh @ Che Long dipilih sebagai calon PAS PRK Dun Kuala Besut diumumkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai di Kuala Besut. Calon ini adalah calon paling disegani dan disifatkan mampu menggugat BN pada PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Sementara itu BN mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.


Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive