Beginilah keadaan pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.
Pesawat terlalu perlahan punca nahas
SAN FRANCISCO – Tahap kelajuan yang terlalu rendah daripada yang ditetapkan dikatakan jadi punca pesawat Asiana Airlines Boeing 777 terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Sabtu.
Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Deborah Hersman berkata, sebelum nahas, kelajuan pesawat ketika menuju ke landasan adalah di bawah 137 knot (254 kmj).
Juruterbang pesawat dari Seoul itu juga didapati cuba membatalkan pendaratan pada saat-saat akhir, namun ia terhempas kira-kira 1.5 saat selepas berhubung dengan pasukan trafik udara.
“Berdasarkan rakaman suara pada kokpit dan data rakaman pesawat, ada arahan meminta juruterbang itu meningkatkan kelajuan tetapi ia sudah terlambat.
“Beberapa saat selepas itu, ia terhempas. Kapal terbang perlu selaju 137 knot untuk mendarat,” katanya.
Dalam pada itu, juruterbang berkenaan, Lee Kang-kuk mempunyai cukup pengalaman kerana telah mengendalikan penerbangan hampir 10,000 jam.
Bagaimanpun, beliau hanya mempunyai pengalaman 43 jam penerbangan dengan menggunakan Boeing 777.
Asiana Airlines memaklumkan, Kang-kuk juga dibantu seorang juruterbang yang mempunyai lebih pengalaman mengendalikan pesawat tersebut.
Ada juga laporan yang menyebut bahawa Kang-kuk masih lagi dalam ‘proses latihan’ mengendalikan Boeing 777 dan di bawah pengawasan.
Dalam perkembangan lain, seorang pegawai memaklumkan, sistem navigasi di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco bagi membantu juruterbang mendarat telah ditutup untuk penyelenggaraan.
Namun perkara itu dipercayai bukan sebab utama nahas kerana keadaan cuaca sewaktu kejadian adalah sangat baik.
Ketika insiden berlaku, pesawat berkenaan membawa 307 penumpang.
Dua remaja berasal dari China maut kerana tercampak keluar manakala berpuluh-puluh lagi cedera.
abnxcess
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN