Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 09, 2009

DS Nizar dan ADUN PR hanya menjalankan amanah



Oleh askarsepoi


Tahniah kepada DS Nizar dan ADUN PR yang cukup komited menjalankan amanah yang diberi. Amanah yang dimaksudkan adalah amanah dari Rakyat Negeri Perak.

Walau apa juga permainan dan kejahatan yang dibuat oleh umeno-bn, hakikatnya rakyat Perak telah memberi Undi Majoriti untuk Pakatan Rakyat.Jelas 31 DUN adalah memberi sokongan padu kepada PR. Bahkan kerusi yang BN menang pun ada yang sekadar lepas paras hidung.

Bermula dengan penculikan ADUN, lompatan ADUN dan perlantikan MB Haram, ADUN Pakatan Rakyat komited mempertahankan hak dan kepercayaan rakyat majoriti.

Dengan pelbagai tekanan, kekerasan, dan manipulasi, bukan senang bagi Adun PR untuk 'bernafas'. Hakikatnya jelas dengan tiba-tiba, Adun yang dituduh terlibat dengan kes rasuah, menjadi bebas dan berpihak kepada BN.

Mana pergi tuduhan dan kes yang diheboh-hebohkan sebelum ini? Jika sebelum ini seolah-olah mereka dah bersalah dan ibaratnya sudah pasti dipenjara, tiba-tiba kes mereka tidak disebut. Mana pergi integriti dan amanah SPRM?

Sepatutnya 'penjenayah' ini sudah dihadapkan ke mahkamah. Sebab itu yang dicanang-canang sebelum mereka menjadi 'bebas'. Apakah dengan berpihak kepada BN, maka segala jenayah mereka 'terampun'? Dan jika benar mereka sememangnya tidak bersalah, SPRM perlu tampil membersihkan nama mereka dan PR yang sudah dikeji dengan pelbagai tuduhan sebelum ini.

Apa yang dapat disimpulkan, memang sudah nyata BN-umeno sudah hilang arah dan maruah diri, dan agensi KERAjaan juga boleh menjadi agen kerja jahat bn pada bila-bila masa sahaja. Paling tidak, SUK, PDRM, SPRM dan SPR sudah tiada maruah dan integriti, ibarat penghuni malam lorong belakang di ibukota sahaja tarafnya.


detikdaily




BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive