Sabtu, Mei 30, 2009
ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi
Muda Mohd Noor
Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.
Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.
BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan ketua menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.
Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.
Zainal Abidin juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya merancang membawa ahli Umno Penanti melawat Padang Besar, Thailand supaya mereka tidak mengundi Ahad ini.
Katanya, Umno bahagian Permatang Pauh tidak pernah menempah bas untuk tujuan tersebut.
"Khabar angin yang sedang disebarkan mengenai perkara itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Umno.
15 majlis kenduri
"Kalau tidak percaya, lihatlah pada hari mengundi adakah bas yang buat rombongan.
"Tetapi saya tahu ada 15 majlis kenduri di Penanti, Ahad ini. Jangan kata, kenduri itu ditaja oleh Umno," katanya.
Zainal Abidin (foto) berkata, beberapa blog telah menyiarkan laporan tersebut sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, beliau memberi jaminan Umno tidak akan mengadakan rombongan pada hari mengundi Ahad ini.
"Kalau ada satu atau dua bas, itu bukan Umno yang taja, mereka dah buat rancangan awal sempena musim cuti sekolah," katanya.
Zainal berkata, ahli Umno tidak keluar mengundi kerana calon BN tidak bertanding di Penanti.
Katanya, tindakan Mohammad Fairuz mengosongkan kerusi Penanti menyebabkan pengundi di kawasan berkenaan terpaksa mengundi tiga kali dalam tempoh 15 bulan.
Kali pertama, katanya ialah pilihanraya umum lalu, diikuti peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan kini peletakan jawatan Mohd fairuz.
malaysiakini
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)
aah same la... atuk dan nenek mereka yg mulekan penipuan umno nih...
BalasPadam