Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 24, 2009

UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT



BN harap makhamah, Pakatan harap kuasa rakyat : Saifudin Nasution

Anna Yusof

BUKIT MERTAJAM, 24 Mei (SK) : Pengarah pilihanraya Pusat Saifudin Nasution Ismail berkata bahawa beliau telah menduga dengan keputusan Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang memihak kepada Barisan Nasional.

“Ini tidak memeranjatkan setelah melihat pelbagai tekanan diterima oleh Perdana Menteri Najib Razak dimana BN bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan termasuk polis, tentera, mahkamah dan semua agensi kerajaan untuk memperoleh kuasa,” kata beliau.

Mengulas keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau yang juga Ahli Perlimen Machang berkata Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan keputusan tersebut yang menerima permohohonan rayuan Zambry Abdul Kadir bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

“BN kini sedang diasak oleh krisis keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sehingga segala jentera kerajaan sudah tidak lagi dapat berfungsi sebagai badan yang membantu rakyat,” kata Saifuddin yang ditemui ketika hari Penamaan calon di Penanti semalam.

“Kita juga telah lihat bagaimana BN merampas Perak dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah bagi memastikan Perak dirampas dari tangan rakyat maka tak hairanlah juga bagaimana Najib dan BN akan memperlakukan hal yang sama dimahkamah,” jelas beliau.

“Ini disebabkan mereka menyedari bahawa BN tidak mampu lagi untuk mendapat sokongan rakyat. Rakyat telah menolak mereka dalam hampir setiap pilihanraya,” kata beliau.

“Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya mengharapkan kuasa rakyat untuk memdapatkan kuasa dan sesuai dengan prinsip demokrasi tulin yang mana kita meletakkan kuasa rakyat dihadapan dalam sebarang isu,” jelas Saifudin lagi.

Menurut Saifudin fenomena ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kejituan amalan demokrasi yang mendaulatkan mandat rakyat

“Kita sentiasa merujuk kepada mandat dan kehendak rakyat kerana pemimpin yang kita lahirkan adalah dari sokongan rakyat. Rakyat adalah pemimpin kita dan perjuangan pakatan rakyat untuk memulangkan semua kuasa itu kepada rakyat.

“Kita juga akan pertahankan hak rakyat serta akan mencabar dan sanggup lakukan apa sahaja pengorbanan untuk kepentingan hak rakyat,” jelas Saifudin.

Menyentuh mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin BN yang menganggap pilihanraya Penanti diadakan ekoran masalah dalaman Pakatan Rakyat, Saifudin berkata kenyataan itu tidak benar.

“Kalau benar kenyataan pemimpin-pemimpin BN itu mereka boleh datang dan lihat sendiri bagaimana hari ini semua pemimpin -pemimpin Pakatan Rakyat berada di Penanti untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon KeADILan di sini, ” kata Saifudin.



sk



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. bila menang, mahkamah adil dan telus, tapi bila kalah sudah dijangkakan dan ini semua rancangan UMNO. hanya orang bodoh macam orang PAS aje yang selalu kena bodoh dan kena tipu. aku tak boleh lupa macam mana muka hadi awang (presiden pas) atau nama manjanya mat jenin yang yang tergedik-gedik nak jadi PM malaysia kalau pakatan rakyat dapat rampas kuasa dari BN pada 16 september tahun lepas menerusi kaedah lompat parti. tapi akhirnya si mat jenin tu kena tipu oleh si penipu besar nombor 1 dalam dunia. bukan mat jenin aje kena tipu tapi satu dunia kena tipu, sampai berduyun-duyun wartawan luar negara datang kat malaysia untuk dengar press conference si penipu besar tu. tapi akhirnya najib yang jadi PM dan malaysia terus kekal di bawah BN. dan malang nya nasib pakatan bodoh ni, perak pulak yang jatuh kat tangan umno. aku suka perak dikuasai oleh umno, dan umno memang layak perintah perak sebab mereka menang kerusi dun lebih banyak dari DAP. sebenarnya suara rakyat perak adalah umno perintah perak bukannya DAP yang perintah perak. nge dan ngah akhirnya nga-nga!!!!!! hidup umno!!!!!!

    BalasPadam
  2. bukan PR ka yang selalu nak saman sana saman sini..sapai sultan pun nak disaman....aku rasa korang ni melancap lebih kut sampai tak kenal diri hampa sendiri

    BalasPadam
  3. pergi mogok lapar tu...tak payah nak kona cerita....mogok la lama sikit....baru nampak dramatik

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive