Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 25, 2009

Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin berdasarkan kebolehan



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak politik perkauman yang dibawah oleh UMNO-Barisan Nasional dan menegaskan bahawa sokongan untuk pemimpin harus berpaksi kepada kebolehan dan keikhlasan mereka membela rakyat semata-mata.

Berucap kepada kira-kira empat ribu orang di Guar Perahu semalam, Anwar berkata pengundi harus mengutamakan sifat amanah, ketanggungjawaban dan keberanian yang ada pada seseorang dalam menyokong atau menolak mereka.

“Umno marah apabila kita menyokong Lim Guan Eng, tetapi apa bezanya Guan Eng dan Koh Tsu Koon? Tidak seperti Koh Tsu Koon yang sentiasa setuju, Guan Eng adalah seorang yang berwibawa, yang berkebolehan dan mempunyai pendapat yang tegas,” kata Anwar.

Anwar berkata dalam konteks sama, PKR menawarkan pengundi di Penanti seorang calon yang berwibawa untuk mendokong perjuangan membela rakyat miskin dan pada masa sama memperkasakan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng.

“Pada 31 haribulan nanti saya rayu pengundi untuk memilih calon kita Dr Mansor Othman. Siapa beliau? Beliau adalah pensyarah dan professor di Universiti Sains Malaysia, dan pengasas program Tekun – dana pembangunan usahawan yang disebut-sebut hari ini,” tambah Anwar.

Anwar berkata masyarakat akan lemah sekiranya nasib mereka diletakkan di tangan pemimpin yang lemah etika dan prinsip serta cenderung berkonfrontasi.

Pilihan raya kecil Penanti menyaksikan calon PKR Mansor Othman dicabar oleh calon bebas Nai Khan Ari Nai Keow, Aminah Abdullah and Kamarul Ramizu Idris.

Barisan Nasional pimpinan Najib mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding di Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihan raya kecil di Semenanjung semenjak pilihan raya umum Mac tahun lalu.


TVA


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive