Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 24, 2009

WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?



WABAK TELAH BERJANGKIT
DAN IANYA MULA MENULAR
PERAK ADA 2 MB
PPP ADA 2 PRESIDEN?

Kemelut Politik Parti Progresif Penduduk Semakin Meruncing

Krisis kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin parah apabila sekumpulan ahli PPP melantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah sebagai Presiden parti itu.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri perjumpaan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Murugiah yang dipecat dari parti itu oleh Presiden PPP, Datuk M Kayveas minggu lalu turut hadir pada perjumpaan khas berkenaan.

Perjumpaan itu meluluskan resolusi tidak percaya kepada Majlis Tertinggi PPP yang memecat Murugiah bersama enam orang lagi pemimpin parti itu. Turut diluluskan ialah undi tidak percaya terhadap Kayveas.

Perkembangan terbaru itu dijangka mengusutkan lagi krisis kepimpinan parti komponen Barisan Nasional berkenaan.

Kesahihan persidangan di Putrajaya hari ini tidak dapat dipastikan dari segi perlembagaan parti atau pun peruntukan di bawah Akta Pertubuhan.

Di Johor Bahru pula, Kayveas berkata, ketua Pemuda PPP R Ellangovan digantung daripada jawatannya.

Kayveas mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di perhimpunan agung PPP Johor.

Timbalan Ketua Pemuda, Jamaludin Ghulamhan akan mengambilalih tugas-tugas Ketua Pemuda buat sementara waktu.
Kemelut Politik Parti Progresif Penduduk Semakin Meruncing


PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) -- Kemelut politik Parti Progresif Penduduk (PPP) terus meruncing apabila satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T.Murugiah sebagai presiden baru.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini juga dipersoalkan kesahihannya mengikut Perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Kepada pertanyaan wartawan adakah mengikut perlembagaan parti hanya Presiden parti sahaja yang boleh memangil mesyuarat itu, Murugiah berkata: "Perkara seperti itu tidak wujud...bahagian perundangan itu biarkan ia kepada peguam untuk mengendalikannya dan kita juga serah semua keputusan pada ROS (Pendaftar Pertubuhan) biar ROS buat siasatan".

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan esok untuk menyerahkan semua laporan mengenai mesyuarat hari ini.

Murugiah berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan mesyuarat hari ini kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai wujud dua presiden PPP, Murugiah berkata: "Keputusan telah dibuat oleh perwakilan dan usul sudah diluluskan sebulat suara memilih saya... saya cuma dijemput hadir pada hari ini.

"Jadi tidak wujud isu dua presiden kerana (Presiden parti Datuk M) Kayveas sudah dilucutkan jawatan dan ia bukan keputusan saya...kerana ini semua keputusan perwakilan."

Sebelum pemilihan dijalankan, Murugiah bersama enam lagi anggota yang sebelum ini dipecat oleh Lembaga Disiplin kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan dalam parti, diterima masuk kembali sebagai ahli yang sah.

Perwakilan kemudian bersetuju dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Kayveas sebagai Presiden PPP.

Perwakilan turut bersetuju dengan usul untuk membatalkan tarikh penamaan calon yang dijadual pada 31 Mei ini dan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti yang sepatutnya diadakan pada 7 Jun.

Ketika dihubungi, Kayveas berkata beliau masih presiden PPP yang sah, sambil berkata bahawa perjumpaan di Putrajaya adalah haram.

"Mereka telah mengelirukan polis dan menyalahgunakan permit yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan yang lain," katanya.

Katanya Murugiah tidak berhak untuk memanggil satu perjumpaan kerana dia telahpun dipecat daripada parti.

-- BERNAMA




Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive