Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 20, 2009

"MAYAT" UMNO MENGGERUNKAN



Umno Ditalkinkan Di Sabah

Mengemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!

Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.

Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuik memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.

Penduduk kampung juga berdiri dihadapan "mayat" Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.

Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.

Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang tidak meluahkan trasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.

"Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu," komen ringkas beliau.

Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.


TVA


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive