Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 27, 2009

KEDAH TEWAS LAGI

Badi Perak berakhir

Oleh Azizan Hashim


ASAK...Razali (tengah) cuba melepasi pemain Kedah
dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam
tadi.


JARINGAN tunggal Razali Umar Kandasamy dua minit selepas aksi babak kedua bersambung mencukupi buat Perak melakar kejayaan 1-0 ke atas Kedah, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Pemain itu menguis bola masuk ke dalam gawang yang ternganga selepas mencuri bola dari kawalan Sabree Mat Abu berikutan salah faham antara pemain pertahanan kedah itu dengan penjaga golnya, Mohd Helmi Eliza Elias.

Kemenangan itu cukup bermakna buat anak buah M Karathu yang turun tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhirnya yang mula menimbulkan keresahan penyokong pasukan Kejor Yob Kejor itu.

Malah berikutan pencapaian hambar pasukan Seladang setakat ini menyaksikan perlawanan malam tadi disaksikan kira-kira 1,000 penyokong kerana menjangkakan pasukan mereka akan terus menjadi mangsa belasahan.

Andaian mereka itu tampak akan menjadi kenyataan apabila Kedah lebih menguasai perlawanan tetapi penyudah lemah serta kesungguhan benteng anak buah M Karathu menjadi faktor menghalang pelawat daripada mengutip mata penuh.

Hakikat itu diakui oleh penolong jurulatih kedah, Radhi Mat Din yang menyifatkan anak buahnya menghadiahkan kemenangan itu kepada pasukan tuan rumah.

“Dari segi persembahan pemain beraksi dengan baik tetapi kami dikecewakan oleh penyudah lemah. Lebih mengecewakan gol jaringan pasukan tuan rumah adalah hasil kelekaan dan kesilapan kami sendiri.

“Gol itu tidak sepatutnya berlaku kerana bukan berpunca daripada keadaan merbahaya tetapi akibat salah faham antara pemain pertahan dengan penjaga gol kami terpaksa menanggung akibatnya,” kata Radhi yang mengambil alih tugas berikutan ketiadaan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor yang tidak bersama pasukan Kedah.

Menurut Radhi kedah turun tanpa tiga tonggak iaitu kapten Victor Andraj, V Thirumurugan dan Ronnny Harun akibat kecederaan tetapi berkata ia bukan sebagai alasan kekalahan itu.


hmetro


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive