Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 29, 2009

PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti

PULAU PINANG, 29 Mei - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Faris Musa mengecam tindakan Barisan Nasional(BN)terutamanya Umno yang cuba mengganggu proses pilihan raya kecil(PRK) di N.12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan menganjurkan beberapa siri ceramah dalam Dun Penanti.

Menurut beliau lagi tindakan Umno bahagian Permatang Pauh menganjurkan tiga siri ceramah yang dikenali sebagai majlis penerangan 'Kenapa BN tidak bertanding'itu adalah satu pencerobohan hak dan mencemarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang tidak membenarkan mana-mana parti yang tidak bertanding untuk mengambil bahagian dalam apa jua siri ceramah termasuklah memasang bendera parti.

Baru-baru ini bendera parti DAP telah diturunkan oleh SPR di Dun Penanti kerana didapati parti tersebut tidak bertanding dalam PRK tersebut.

Namun begitu siri ceramah yang dianjurkan oleh Umno ini menonjolkan exco pemuda Umno Malaysia, Lokman Noor Adam, Ustaz Kamal Saidin dan Haji Abdullah Bahari sebagai penceramah bertempat di Dewan Umno bahagian Permatang Pauh, Sg. Semambu, Dewan Kuala Mengkuang dan Dewan Guar Perahu, Penanti.

Faris bersama-sama dengan Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh, Mohd Syukri Hamid telah membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, Penanti terhadap Umno bahagian Permatang Pauh.

Umno didakwa melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR kerana mengadakan ceramah politik dalam Dun Penanti sedangkan BN tidak bertanding dalam PRK kali ini. "Kita berharap SPR telus dalam perkara ini apabila jelas memperlihatkan bahawa BN dan Umno telah melanggar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.Kita ingin melihat mereka menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.

Sebelum ini Umno juga didakwa menganjurkan lawatan ke Wang Kelian kepada pengundi dalam Dun Penanti secara percuma pada hari pengundian yang akan berlangsung pada 31 Mei ini.
Mereka yang turut serta juga difahamkan akan ditanggung kos pengangkutan dan perbelanjaan sepanjang perjalanan pada hari tersebut.



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive