Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 29, 2009

Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial




Pembubaran 7 cawangan umno Kangar inshaallah bakal menjadi titik mula kebangkitan rakyat Perlis untuk bersama-sama dengan agenda Perubahan. Saya jelaskan semalam bahawa Pakatan Rakyat berjuang demi kemaslahatan rakyat seluruhnya ketimbang politik umno yang gagal menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Saya menyorot pembaharuan yang dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor. Dasar yang digarap dan dilaksanakan seumpama pemberian air percuma, bantuan pendidikan, tabung anak Selangor serta khairat kematian sewajarnya menjadi iktibar kepada pemerintahan umno-bn. Apatah lagi pelaksanaan dasar tersebut tidak mengambil kira batas kaum. Kita yakin sesungguhnya keadilan adalah untuk semua. Sekian lama dasar pecah dan perintah dimanipulasi penguasa demi untuk terus kekal memerintah. Kini ia sudah tiba di penghujungnya.

Kemelesetan ekonomi sudah menjenguk hampir di jendela namun pentadbiran baru masih terkial-terkial mencari formula bernas. Kegusaran rakyat sudah tentu berasas. Apa tidaknya kadar pengangguran melonjak tinggi manakala kilang akan mulai menutup operasinya. Dijangkakan sehingga 500 000 ribu orang akan kehilangan pekerjaan. Mungkin isteri bapak menteri perlu muhasabah diri dan berhenti dari membeli belah di gedung-gedung mewah sekitar New York, Paris dan London.

Saya tegaskan dana awam wajib diurus dengan penuh ketelusan. Wang rakyat hendaklah dibelanjakan untuk projek pembangunan rakyat dan bukannya mengisi kantung para kroni. Ekonomi semakin menguncup,manakala pakej ransangan masih tidak merangsang.



ANWAR IBRAHIM



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. I'll immediately grab your rss as I can't find youг еmail subsсription link
    oг newslettеr ѕervіce. Do you've any? Please let me recognize so that I may just subscribe. Thanks.

    Also visit my page; Sex Longer

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive