Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 22, 2009

NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI


DS Nizar sempat untuk menyatakan rasa simpati kepada keluarga yang malang di rumah ibu bapa mangsa di Kampong Seri Kinta, Ipoh malam tadi

Seri Kinta Ipoh,21 Mei 2009 8.00 malam: DS Nizar hadir untuk menyampaikan takziah kepada keluarga malang dirumah ibu bapa Allahyarhamah Wah Yah Matzi di Kg Seri Kinta Ipoh.

Rombongan Nizar singgah terus di situ sekembalinya dari Mahkamah petang tadi.Selepas itu, Nizar dan rombongannya bersolat di sebuah surau yang berhampiran di situ.




Jafri sempat menceritakan tentang insiden ngeri dan malang yang telah meragut nyawa isteri, anak bongsunya dan seorang pembantu rumahnya kelmarin.

Jafri menceritakan bagaimana beliau telah sempat menetak pembunuh kejam itu dengan sebilah parang dibeberapa bahagian anggotanya tetapi pembunuh tersebut langsung tidak bersuara atau menjerit sedikit pun dan tidak menampakan rasa sakit.Begitu sekali kesan pengaruh dadah.

Menurut Jefri lagi, rumahnya kerap kali dimasuki oleh penceroboh sebelum ini - mungkin ini kali yang ke-7 dan kebetulan pula isteri dan anak-anaknya beserta pembantu rumah berada di rumah ketika itu dan terjadinya perkara yang menyanyat dan memilukan itu.

Berikut apa yang dilakarkan oleh YB Zulfli Nordin dalam blognya.

Pembunuhan brutal dan kejam Wah Yah Matzi (42), anak bongsunya Ermin Danish Jafri (5) dan pembantu rumahnya Dani (20an) di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam sangatlah mengejutkan.

Kejadian yang berlaku di siang hari di kawasan perumahan menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.



Rumah berlakunya tragedi tiga nyawa terkorban.

Lebih menyedihkan lagi semasa kejadian, mangsa sedang berbual melalui telefon dengan suaminya Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya.

Tiba-tiba sisuami mendengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditetak berkali-kali oleh pembunuh tersebut. Jeritan yang si suami pasti tidak akan lupa selama-lamanya!

Pembunuh itu berjaya ditahan dan ditangkap oleh jiran mereka Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Lelaki pembunuh berusia 26 tahun itu dipercayai dibawah pengaruh dadah.

Dan semua itu untuk apa? Hanya kerana nak kebas sebuah laptop-tiga nyawa terbang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun!



Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki.Ameen.


alhusseyn51

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive