Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 27, 2009

DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU

Debat Zambry-Nizar : Rais nak jumpa Agendadaily




Oleh: Noor Hasilah Ismail

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sedia mempertimbangkan untuk beri kebenaran debat antara Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin disiarkan secara langsung sekiranya ia tidak meledakkan isu perkauman.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kementeriannya di Angkasapuri, Isnin, Rais berkata, beliau akan menghalusi elemen-elemen pro dan kontra serta topik perbincangan yang dicadangkan oleh penganjur.

"Saya sedang menunggu permohonan daripada penganjur dan apabila menerimanya secara rasmi, saya akan teliti secara khusus apakah untung atau ruginya jika debat ini diadakan. Sekiranya ia tidak menjejaskan daripada segi pendekatan perkauman, mungkin saya akan timbangkan. Tetapi jika ia menggelegakkan isu perkauman, maka ia tidak boleh dilakukan.

"Walaupun Zambry dan Nizar telah menyatakan persetujuan, tetapi saya perlu mendapat maklumat lanjut daripada pihak penganjur. Setakat ini mereka belum menemui saya. Mereka boleh menemui saya bila-bila masa," katanya.

Untuk sesuatu siaran langsung, pihak syarikat televisyen perlu mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kini dibawah portfolio Dr Rais.

Disamping itu adalah menjadi amalan biasa, kedua-dua pihak iaitu Dr Zambry dan Nizar perlu mendapat kebenaran dari pucuk pimpinan parti masing-masing. - 25/5/2009


agendadaily



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive