Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 23, 2009

PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI



Calon Bebas akan dedah bukti PKR tawar ganjaran supaya tarik diri

BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah, berkata beliau akan mendedahkan bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Aminah, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

"Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihan raya ini," katanya selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.


Aminah yang akan menggunakan simbol kunci pada pilihan raya kecil ini, berkata baginya simbol itu adalah sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan pakatan pembangkang.

Beliau adalah bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang turut menafikan beliau ditaja oleh Umno untuk bertanding.

Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, berkata beliau mensasarkan memperoleh kira-kira 6,200 undi pada pilihan raya kecil itu.

"Pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebelum ini saya dihimpit dua calon hebat dan kali ini saya harap dapat mencapai angka ribu (undi)," katanya yang menggunakan simbol payung.

Katanya, beliau akan mula berkempen hari ini dari rumah ke rumah dan mengadakan sesi dialog dengan orang ramai.

"Saya dalam proses menubuhkan Parti Iman SeMalaysia dalam tempoh terdekat," katanya.

Seorang lagi calon, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, berkata keputusan beliau bertanding adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan terbabit dengan mana-mana kempen berbentuk debat kerana ia membawa kepada situasi politik kurang sihat.

"Fokus kempen kita adalah dari rumah ke rumah sebagai cara saya mendekati rakyat," katanya yang menggunakan simbol wau bulan.

Sementara itu, calon PKR, Mansor Othman, 59, berkata beliau yakin memang pilihan raya kecil itu.

"Kita punya jentera pilihan raya dengan bantuan DAP dan Pas akan membantu dan kita yakin mampu menang pilihan raya ini," katanya.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin. - Bernama



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive