Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 20, 2009

Timbalan presiden: Azizan tarik diri



May 19, 09 6:08pm

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun, lapor Bernama.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

Azizan adalah antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan tersebut. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Turut dicalonkan ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.


malaysiakini

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Takpalah ustaz..berilah orang muda..laluan untuk To Usam Musa..cool...Perkasakan PAS! Ustaz Nasarudin Mat Isa pun patut tarik diri juga..dah lama dah...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive