Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 20, 2009

Kedah Layak Ke Pusingan Kedua Piala AFC




BANGKOK, 19 Mei (Bernama) -- Kedah layak ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan C walaupun tewas 1-3 kepada wakil Thailand, Chonburi, di Stadium Supachalasai di sini malam ini.

Kedah berjaya menyingkirkan Eastern Athletic, untuk muncul naib juara kumpulan selepas pasukan dari Hong Kong itu tewas 0-3 kepada Hanoi ACB di Hanoi.

Kedah mempunyai kelebihan jaringan untuk mengatasi Eastern Athletic di mana kedua-dua pasukan itu terikat tujuh mata sebelum perlawanan hari ini.

Chonburi menjadi juara kumpulan selepas mengumpul 15 mata dari enam perlawanan kumpulan.

Pada pusingan kedua membabitkan 16 pasukan, Kedah akan menentang wakil Vietnam, Binh Duong manakala Chonburi akan bertemu dengan pasukan PSMS medan dari Indonesia.

Jurulatih Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui pasukannya bertuah untuk mara ke pusingan seterusnya walaupun mengalami kekalahan.

"Kami datang ke sini tanpa beberapa pemain tonggak yang cedera selepas jadual perlawanan Liga Super yang ketat. Saya agak kecewa dengan barisan pertahanan yang mudah dibolosi," katanya.

Menurutnya, pemainnya tidak bermain bersungguh-sungguh bagi mengelak kecederaan selepas mengetahui keputusan dari Hanoi sebelum babak kedua perlawanan.

-- BERNAMA




Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive