Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 20, 2009

UMNO BN lepaskan Penanti, tumpukan Perak


betoi ka bang???


Maklumat yang mengatakan Umno Bn telah mula menggerakkan jentera pilihanraya di Perak kerana hala tuju yang menjerumus kepada pembubaran dun tidak dapat dielakkan lagi.

Perkara ini membuatkan saya terfikir mungkin inilah sebabnya bn tidak meletakkan calon di Penanti. Menang di dun Penanti tidak langsung menggugat kerajaan PR di Pulau Pinang dan jika kalah, kesannya amat teruk dan besar sekali buat pemerintahan Najib yang amat baru itu.

Adalah lebih baik bn menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi pilihanraya negeri Perak yang merupakan hidup matinya umno dan bn di negeri tersebut.

Setelah bn bermati-matian mengelak daripada berhadapan dengan suara rakyat melalui peti undi, juga segala kuasa baik pihak keselamatan, spr, sprm, media, jentera kerajaan dan perundangan digunakan sepenuhnya bagi mencapai hasrat bn terus menakluk kerajaan negeri Perak, ternyata akhirnya jalan buntu yang ditemui.

Segala jenis penasihat dan pakar termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah meramalkan akan kekalahan yang teruk akan dialami umno bn jika dun perak dibubarkan untuk mengadakan pilihanraya negeri.

Ketakutan umno bn kepada pilihanraya itu kini kian menghampiri. Mahu tak mahu terpaksa ditempuh jua.

Namun begitu, sanggupkah mereka memasuki pilihanraya ini dengan cara yang bersih dan adil?


ajijoi

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Awas jaga-jaga berhati-hati...tipu muslihat sedang diatur oleh gerombolan..sekiranya benar pilihanraya berlaku..lihat saja taktir kotor mereka selama 3 bulan lebih ini merampas Perak..Apa dah jadi..macam-macam kerja hancing dilakukan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive