Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 06, 2009

pas umno: 42 NGO Hantar Memo Ke Istana




Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berharap Sultan Azlan Shah akan mempertimbangkan permohonan beliau supaya sidang DUN esok akan ditangguhkan demi kestabilan politik negeri tersebut.

Beliau yang mengutus surat kepada Sultan Perak Isnin lalu berharap mesyuarat itu dapat ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh baginda bagi mengelakkan pertikaian dan perbalahan antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

"Saya masih berharap persidangan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009 akan ditangguhkan. Jika persidangan diteruskan, mungkin inilah persidangan yang paling hangat dalam sejarah Malaysia.

"Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu 7 Mei 2009. Apakah akan berlaku dalam persidangan itu? Setiap orang membuat ramalan atau spekulasi masing-masing.

"Pelbagai idea atau pandangan disalurkan melalui media massa termasuk blog-blog.Semuanya merupakan analisa masing-masing.Belum tentu sealiran dengan apa yang difikirkan oleh Speaker. Tetapi, yang menjadi hakikat sehingga ke detik ini ialah Speaker masih menaruh harapan bahawa Persidangan Dewan Negeri akan ditangguhkan untuk kebaikan seluruh Rakyat Negeri Perak,"Sivakumar mencatat dalam blognya.

Sebagai menyahut seruan Sivakumar agar Sultan Azlan Shah menangguhkan sidang DUN, sebanyak 42 badan bukan kerajaan akan menyerahkan memorandun berhubung perkara tersebut kepada Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

TVantara



BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive