Isnin, Mei 04, 2009
Sejarah Terengganu Berulang ?
AHMAD SAID : SEJARAH TERENGGANU BERULANG ?
Oleh : MOHD SHUHAIMI AL-MANIRI
Saya mula mengikuti perkembangan politik Terengganu sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM. Ketika itu, awal 1980’an dan era kebangkitan Haji Abdul Hadi Awang baru bermula.
Di Terengganu, pernah muncul beberapa parti berasaskan Melayu seperti Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar pada tahun-tahun 1960’an, kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah pada awal dan pertengahan tahun 1990’an.
Setakat ini politik Terengganu dikuasai oleh dua parti politik sahaja, sama ada UMNO atau PAS sahaja. Parti-parti lain hanya muncul seketika untuk satu dua pilihanraya dan kemudiannya hilang.
Pihak UMNO menghadapi tentangan begitu hebat dari PAS yang baru bangkit semula selepas tersungkur dalam pilihanraya umum 1978 ekoran ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1977.
Sejak penghujung tahun 1999 hingga sekarang, muncul pula Parti Keadilan Nasional(keADILAN) sebelum menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR), pimpinan Anwar Ibrahim dan isteri yang cuba mencari pengaruh dikalangan bekas-bekas UMNO Terengganu.
Manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya tenggelam timbul sahaja di Terengganu kerana kaum Cina yang menjadi pendokong kuat parti tersebut adalah kecil sahaja, tidak sampai 10 peratus pun di Terengganu.
Tanpa diduga lebih awal, UMNO akhirnya tumbang buat kali kedua di Terengganu pada pilihanraya umum tahun 1999 ekoran pergeseran dalaman UMNO terutama antara kem Wan Mokhtar (Kemaman) dan Yusof Noor (Besut).
Tetapi UMNO tidak mengambil masa yang panjang selepas tewas di Terengganu
pada tahun 1999. Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri dihantar menjadi ‘nakhoda’ UMNO Terengganu dengan menggantikan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang kemudiannya dihantar menjadi Duta ke Arab Saudi.
Dalam pilihanraya umum 2004, UMNO kembali menang gemilang dibawah pimpinan Pak Lah yang sudah menjadi Perdana Menteri ketika itu. Serangan aura Pak Lah mengatasi kemampuan kerajaan PAS untuk bertahan bagi penggal kedua.
Sejak tahun 2004, Datuk Idris Jusoh ADUN Jertih dari Besut mula dilantik menjadi Menteri Besar dan nakhoda baru UMNO Terenggganu. Namun selepas pilihanraya umum ke-12, Mac 2008 gerhana mula melanda UMNO Terengganu semula bila Idris Jusoh tidak diretui menyambung semula tugasnya sebagai Menteri Besar.
Ekoran situasi ini, UMNO Terengganu mula memberontak kepada Sultan Terengganu. Setelah keadaan menjadi semakin tegang, Ahmad Said ADUN Kijal, Kemanan yang menjadi seteru kepada Idris direstui menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Terengganu bila keadaan semakin reda.
Bagaimanapun selepas peralihan kepimpinan UMNO baru-baru ini, Ahmad Said yang masih menjadi Menteri Besar Terengganu turut dipinggirkan oleh kepimpinan baru UMNO dengan melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Hishamuddin Hussein, dari Johor sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Ahmad Said.
Ini menjadikan Ahmad Said satu-satunya Menteri Besar yang tidak dilantik menjadi “nakhoda” UMNO di negeri yang diperintahnya. Beliau diturunkan pangkat menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO sahaja.
Lain-lain Menteri Besar terus menjadi “nakhoda” UMNO dinegeri masing-masing. Malah di Perak dan Perlis pun, Menteri Besar Dr. Zamry Abdul Kader dan Dr Md Isa Sabu yang tidak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO dinegeri masing-masing sebelum ini pun dilantik semula menjadi “nakhoda” UMNO di negeri masing-masing.
Sekarang ini Ahmad Said bukan sahaja tidak berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana terpaksa berdepan ADUN-ADUN pilihan bekas Menteri Besar terdahulu tetapi perlu mendapat ‘belas ehsan’ pengikut-pengikut setia Idris Jusoh untuk mengekalkan kerajaannya.
Malah sekarang dalam partinya, dia tidak boleh kawal seperti sebelum ini kerana tidak lagi jadi “nakhoda” di Terengganu. Sebagai Menteri Besar, dia sedang tersepit dalam usaha menyelamatkan kerajaannya. Kesian pada Ahmad Said.
Mahu tidak mahu, mungkin terpaksa menerima huluran kerjasama pembangkang, PAS dan membentuk kerajaan baru jika berterusan diasak serta diboikot oleh ADUN dari kem Idris Jusoh.
Pergolakan yang berlaku dalam UMNO Terengganu sekarang ini mengulangi apa yang pernah dialami sebelum ini pada akhir tahun-tahun 1990’an semasa era kepimpinan Wan Mokhtar yang juga secara kebetulan dari Kemaman.
Saya tidak pasti apa akan berlaku dalam episod-episod seterusnya selepas ini. Sama-Samalah kita tunggu… Mungkinkah putaran sejarah sedang berulang semula di Terengganu.
Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah Bil 0147 (3-9 Mei, 2009)
dunsura
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)
Parti Islam Se Malaysia atau nama glamornya PAS yang dulu disisih kini dipilih bukan oleh satu kumpulan Assobiyaah tetapi semua dan sesuai dengan slogan “Pas Untuk Semua”. Pas kini mula diyakini dan dihargai rakyat terbanyak kerana janjinya berani Berubah Untuk Kemenangan Rakyat dan bukan untuk parti atau individu dalam parti. Kepada golongan yang mahukan pembaharuan dan perubahan inilah parti dengan slogan yang sesuai dan tepat untuk bernaung. Saya sendir terasa begitu bermotivasi dengan penggayaan slogan yang mahukan kita supaya lebih berani dan melakukan perubahan dengan berhijrah daripada satu suasana kepada satu suasana lain yang lebih baik dalam satu pakatan yang direstui rakyat.
BalasPadamNamun begitu, slogan perubahan yang dicanangkan itu gagal mempengaruhi 100% dalam Kenapa saya berkata begitu? Rakyat terbanyak ditarbiyyah Pas supaya berubah sedangkan Pentadbiran Pas Negeri Terengganu takut dan tidak berani diubah. Kenapa? Kalau diukur dari segi pencapaian Pas Terengganu selepas dua penggal tinggal dalam buangan kerana digulingkan BN dalam pilihanraya umum 2004 dengan slogan serik doh weh” pmpinan Deris Jusoh yang akhirnya tersungkur kalah kepada perkataan “Natang” adalah mendatar dan tiada apa perubahan dan produk baru yang membanggakan lahir.
Kenapa begini? Sedang kita berlumba-lumba dengan kemajuan pesat teknologi globalisasi tanpa sempadan yang penuh dengan pertanyaan, Pas Terengganu masih lagi dibelenggu dengan idea dan pendekatan lama tanpa perubahan selain daripada ceramah, ceramah dan ceramah yang semakin hari sudah kurang mendapat sambutan kecuali dalam musim pilihanraya. Itupun bergantung kepada siapa penceramahnya.
Pentadbiran Pas terengganu seolah olah sedang dalam proses “Menopause”
Dan jelas seperti hilang “berahi” untuk menawan kembali Terengganu selepas dua penggal berlalu. Pengulangan lagi dan lagi aktiviti yang sama dan sesekali menggemparkan Malaysia dengan pelbagai cerita kontroversi dan berkesudahan dengan DNA (Dato’ Nik Aziz) yang menyelesai dan meredakan suasana. Dala sesetengah suasasana Pas Terengganu masih dibuai mimpi kemenangan lalu dan beranggapan Pas kini masih lagi sebuah parti yang memerintah dan bukan parti pembangkang yang kalah dan rebah lebih dua penggal dah. Pas Terengganu kini gagal dan tidak berupaya untuk memprojekkan imej sebuah parti yang digeruni dan menunggu masa untuk kembali merampas Wisma Darul Iman daripada Umno?
BN Terengganu yang kini bermasalah umpama retak menunggu belah namun Pas masih juga tidak berubah dan ghairah untuk merampas. Tidak kelihatan di mata kasar akan kegairahan kepimpinan Pas Terengganu untuk menawan kembali Terengganu. Bukan sekadar tidak nampak malah rasa bahang mahu tawan kembali Terengganu pun tidak bergelora. Kanapa Pentadbiran Pas Terengganu begitu sejuk dingin sekali kini. Tidak keterlaluan jika saya katakana suasana ini amat berbeza sekali pada zaman muda gagah perkasa TG Hadi Awang, Harun Taib, Bakar Chik, Wan Mutallib dan tidak ketinggalan Mustaffa Ali semasa muda dulu menerajui Terengganu. Pada hakikatnya, kemenangan ketika itu tidaklah begitu sinonim dengan Pas sebaliknya Pas lebih akrab dengan keterbiasaan kekalahan.
Team gagah perkasa Pas ketika itu menubuhkan pelbagai gerakan sehingga Umno takut untuk bergerak. Walaupun gagal dalam usaha menawan Terengganu dalam Gerakan pertama 1986 sebagai Tahun Tawan Terengganu 1(TTT1) dan TTT2 (1990) kita dapat lihat dan rasakan ketajaman aura kesungguhan Pas untuk merampas Terengganu. Pas ketika itu mempunyai kepimpinan yang berkualiti, berkredibiliti, bermotivasi dan berdekasi hasil gandingan mantap tokoh muda wibawa seperti TG Hadi Awang, Harun Taib, Bakar Chik, Wan Mutallib, Mustaffa Ali dan ramai lagi.
Kepimpinan Pas Terengganu ketika itu tidak pernah mengenal erti kecewa walau pun tewas dan gagal dengan segera melancarkan TTT3(1995). Haji Harun Taib yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu, tidak mengenal erti penat dan lelah memanipulasi sepenuhnya kelemahan Umno ketika itu akibat ramai ahli keluar parti dan menubuhkan Semangat 46.
Pentadbiran Wan Mokhtar juga ketika itu diambang krisis kerana ramai Ketua Bahagian yang cabut lari ke Semangat 46. Sudah ditakdirkan ADUN Teluk pasu haji Ismail Yusuf meninggal dunia dan Haji Harun Taib bertanding dan menang besar di situ dengan kerjasama dan pertologan kaum Semangat 46.yang bertanding dan menang di teluk Pasu. Peluang Gerakan TTT3 nampak dan terasa semakin cerah. Pas berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 apabila penyingkiran Anwar Ibrahim daripada Umno. Tidak dapat ditolak isu Anwar yang menyebabkan berkembang kemarahan rakyat terhadap BN telah banyak membantu memenangkan Pas di Terengganu.
Pas hanya mampu mentadbir Terengganu dalam tempoh sepenggal dan tidak dapat ditolak banyak perubahan dan nikmat pembaharuan yang dilakukan Pas terus dinikmati rakyat sehingga kini. Dalam menempuh usia sepenggal itu juga Pas tidak pernah aman dan damai dikontroversikan pentadbiran kerajaan haram BN yang berpusat di Ketengah pimpinan Idris Jusoh yang beroperasi menggunakan wang rompakan royalty minyak daripada kerajaan pusat. Apa yang lebih mengecewakan rakan kongsi Pas di Terengganu ialah soal layanan yang tidak mesra teman seperjuangan iaitu parti Keadilan Rakyat yang terasa hati sangat terhadap apa yang dilakukan dan tidak dilakukan kepada mereka.
Kini selepas dua penggal Pas Terengganu dimalukan sebagai bekas kerajaan negeri, kenapa masih diam seribu bahasa seoalah-olah Pas masih lagi memerintah Terengganu. Kenapa kehangatan dulunya tidak terasa kini? Sedangkan orang pemimpin yang sama ketika muda dulu menerajui Gerakan 3T yang menyebabkan Umno kepanasan setiap saat. Kini Umno diambang keretakan lagi sekali, namun Pas masih tidak bersikap ghairah seperti dulu? Adakah Pas Terengganu sudah cukup berpuas hati dan memadai dengan satu penggal memerintah Terengganu.
Ketika Umno sedang bergolak sekarang, ke mana dan di mana perginya suara pemuda waja pelapis kepimpinan yang bersemangat kobar dan sentiasa membakar seperti zaman Harun Taib, Bakar Chik, Wan Mutallib Embong dan juga Mustaffa Ali. Kenapa pas sekarang tak macam dulu lagi?
Kita penyokong Pas Terengganu sedar tentang kehilangan semangat, kehangatan dan keghairan seperti dulu-dulu. Tetapi takut untuk berkata-kata. Adakah kerana gologan muda Pas kini tidak diberikan peluang dan ruang sebagaimana peluang dan ruang disediakan pada zaman muda Harun Taib, Bakar Chik, Wan Mutallib Embong dan Mustaffa Ali dulu?
Atau adakah kerana Harun Taib, Bakar Chik, Wan Mutallib Embong dan Mustaffa Ali yang dulunya pemuda gagah perkasa kini usang dimamah usia dan taringnya sudah tumpul? Kalau pun Pas Terengganu MAHU menawan kembali Terengganu, persoalannya MAMPUKAH ianya dilakukan dengan barisan kepimpinan sejuk yang ada sekarang? Tidakkah sekarang ini sebaik masa untuk memulakan Gerakan PERUBAHAN?
Mulakan ianya dari BARISAN PENTADBIRAN BARU yang lebih DINAMIK untuk memuntahkan larva berapi menwan Darul Iman. Berubahlah sekarang untuk menjanan KEMENANGAN rakyat dengan barisan baru dan semangat baru berbekalkan wadah perjuangan yang lama dan sama seprti yang dipraktikkan mereka terdahulu. Kalau dulu kita diberi peluang dan ruang kenapa tidak kita pula kini menyediakan ruang dan peluang untuk yang baru. Kita tentu sedar bahawa KEMENANGAN hanya akan dapat dicapai oleh mereka yang BERANI. Iaitu berani berubah dan diubah dalam persepakatan yang direstui rakyat.
dipetik daripada http://sinarhairan.blogspot.com/
sebagaimana yang disiarkan di Utara Online dan Siasah dan beberapa lagi..