Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 07, 2009

Bajet 2010 Kerajaan Pahang tak sah?

KUANTAN: Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, baru-baru ini tidak sah dan satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru mesti diadakan bagi tujuan membetulkan kesilapan dalam belanjawan negeri yang memberi kesan yang cukup serius.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan, terdapat kesilapan dalam belanjawan tersebut iaitu tarikh yang disemak adalah tidak benar, iaitu 2009 dan ini menimbulkan kesan dari segi undang-undang.

Menurutnya, semua belanjawan sudah disahkan Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri tetapi ada Kerajaan Negeri perlu membuat pengisytiharan secara terbuka kepada umum bahawa sudah berlaku kesilapan catatan tarikh.

“Ia perlu digazetkan untuk membolehkan cadangan belanjawan yang dilakukan dewan itu dapat diguna pakai dan dibelanjakan untuk tujuan pentadbiran Kerajaan Negeri tahun depan.

“Saya berpendapat perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini menunjukkan pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri tidak teliti dalam menjalankan urusan mereka hingga terlepas pandang”.

“Bayangkan, jika perkara yang sekecil ini pun boleh terlepas bagaimana untuk meneliti perkara yang lebih besar,” katanya.

Beliau mendedahkan demikian semasa berucap dalam Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang, 6 Disember lalu di Hotel Sri Malaysia, Kuantan.

Seminar sehari bertema ‘Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Capaian Gagasan Pakatan Rakyat ‘ itu dirasmikan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Hussam Musa dan ditutup oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Pengerusi Penggubal Bajet Pakatan Rakyat Pusat, YB Dr Dzulkifli Ahmad dan Penasihat Ekonomi Kedah Dr Abdul Wahab Ismail.

Kertas kerja Dr Dzulkifli telah diulas oleh Azan Ismail sementara kertas kerja Dr Abdul Wahab telah diulas oleh Adun Teras Choong Siew Onn dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Kira-kira 150 peserta seminar terdiri daripada pimpinan PAS, PKR, DAP, NGO dan profesional serta pelbagai latar belakang.

Seminar itu diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada rakyat berkaitan isu ekonomi negeri Pahang yang kini berada di tahap amat kritikal.

Azan berkata, paling asas ialah berkenaan dengan tarikh dan boleh mengakibatkan persoalan peraturan dan undang-undang yang menyebabkan ia boleh ditolak kerana tidak sah.

Menjelaskan kesilapan tersebut memberi kesan kepada kewangan negeri, Azan melahirkan rasa terkilan kerana kewangan negeri harus diuruskan dengan teliti dan tidak dipandang remeh.

“Saya menggesa diadakan satu sidang DUN baru untuk membetulkan keadaan ini dan orang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahagian kewangan harus lebih prihatin ketika melaksanakan tugas,” katanya.

sidangonline

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive