Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 02, 2009

BUKAN SEMUA GAMBAR TIDAK BOLEH DIPIJAK



Pada setiap setengah jam Bernama TV membawakan berita Pemuda BN mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Pemimpin DAP memijak gambar Penyelamat mereka diDUN Negeri Perak. Didada Akhbar-Akhbar juga tidak terkecuali. Jelas kelihatannya yang mereka sedikitpun tidak merasa malu atau tercalar maruah mengampu (bodek) ketiga-tiga tunggak tersebut. Sungguh tidak disangka yang sumbangan besar dari tiga orang tersebut telah menyelamatkan batang hidung UMNO/BN diNegeri Perak. Jadi tidak ada salahnya kerja-kerja mengampu yang mereka lakukan ini.

Sungguh hebat kesepakatan yang ditunjuk oleh Pemuda Barisan Nasional diNegeri Perak. Baru lakaran diatas lantai mereka sudah merasa cukup-cukup terhina bagi pihak tiga orang itu. Sekiranya ada usaha-usaha membina Patong ketiga-tiga hero mereka ini sudah tentu penjagaannya akan mengikut shift dan lebih rapi. Besar kemungkinan nyamukpun tidak akan berpeluang mendekatinya.

Sikap yang ditunjukkan Pemuda BN Negeri Perak ini sememangnya patut dipuji. Jika tidak ditentang habis-habisan perbuatan (memijak Lakaran Gambar) yang dianggap oleh Jamaluddin dan Osman sebagai kebudak-budakan sudah tentu akan ada lain-lain sindiran yang bentuknya mungkin lebih serious.

Tetapi apa yang dikesalkan mengapa pula rakan-rakan mereka (Pemuda Barisan Nasional) Negeri Pulau Pinang melakukan tindakan yang serupa terhadap Gambar Yang Amat Berhurmat Tuan Lim Guan Eng. Bukan setakat memijak gambar YAB Lim malah ada yang membakarnya. Apakah mereka terlupa belajar sivik diawal-awal persekolah dulu. Mengapa ta` mahu contohi pekerti yang baik dan terpelihara yang ditunjuk oleh Pemuda BN Negeri Perak. Yang jelas Pemuda BN Pulau Pinang telah membuatkan Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak dipandang serong. Sudah pasti masyarakat tidak akan teragak-agak mengatakan yang Pemuda Barisan Nasional mengamal double standard. Mereka boleh melakukan perkara-perkara tidak baik kepada orang lain. Mereka akan tentang habis-habisan jika perkara yang serupa hendak dilakukan terhadap mereka.

Jika diperingkat Pemuda pun sudah berkelakuan sedemikian bayangkanlah apa yang akan terjadi apabila tibanya masa mereka berpolitik sebenar. Dalam apa-apa keadaanpun tidak juga boleh disalahkan mereka 100%. Mereka meniru gelagat para pemimpin sendiri. Seperti semua maklum apabila DAP memberikan beberapa cadangan bertujuan memulihkan image MCA pemimpin-pemimpin UMNO secara lantang memberi amaran supaya jangan mencampuri urusan rumahtangga Parti lain. Tetapi siapa pula mereka yang mendesak Tuan Guru Nik Aziz meletak jawatan? Kononnya mereka mahu menyelamatkan Parti PAS. Saya sangat kesian kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menyerang Parti PAS bertubi-tubi. Saya percaya mereka tidak akan sewenang-wenangnya menempelak jika sekiranya mereka tahu yang Tuan Guru Nik Aziz itu seorang genius.

ahmadzawawi


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive