Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 02, 2009

Jangan Tak Tidur Lagi



Oleh Zin Mahmud

Cukupkan tidurmu, peliharalah hatimu


SETELAH sering terjaga daripada tidur waktu 4 pagi, penulis ini ditegur oleh seorang doktor. Dia kata, rancang tidur dengan baik supaya tidak terjaga waktu yang pelik.Maknanya untuk tidur malam, usah tertidur. Jangan baca buku dan terlena tanpa persediaan untuk tidur. Kalau hendak tidur, biar betul-betul bersiap sedia dan tidur hingga ke subuh, dan bangun dengan segar.


Doktor yang memetik kata-kata daripada pakar pemakanan itu menyebut bahawa seseorang seharusnya tidur jangan lewat pukul 11 malam. Ini kerana dari pukul 11 malam hingga 3 pagi, badan seseorang sedang membuang racun daripada hati. Sementara dari jam 3 pagi hingga 6 pagi, badan seseorang membuang pula racun daripada buah pinggang.

Sebab itu, seseorang wajar tidur dari pukul 11 malam hingga 6 pagi supaya segala keracunan dalam hati dan buah pinggang dapat dibuang dengan sempurna.

Tidaklah diketahui sama ada kata-kata doktor ini benar kerana penulis pun tidak sempat untuk bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Ia kerana doktor yang menegur penulis ini adalah seorang doktor falsafah dan bukannya doktor perubatan.

Namun begitu, nasihat supaya seseorang itu tidur dengan sempurna tentulah ingatan yang benar dan baik.

Tetapi memanglah sebagai wartawan, tidur awal pada waktu-waktu yang biasa adalah suatu yang sukar. Akhbar ini umpamanya hanya selesai disempurnakan di peringkat bahan pengarang dalam sekitar pukul 1 pagi, begitu, begini, pukul 3 pagi baru balik. Mana badan hendak sempat membuang racun dari hati.

Apabila pulang awal pagi dari tempat kerja, melihat rumah-rumah yang masih terang, dipercayai banyak orang pada zaman ini yang lewat tidur malam, atau hanya tidur waktu siang. Lebih-lebih lagi bagi generasi X, Y dan Z yang dunianya adalah komputer dan Internet.

Semasa penulis kecil di kampung ketika bersekolah menengah, waktu tidur ialah 9.30 malam. Ini kerana lampu pam gas minyak tanah yang digunakan kerana tiada elektrik hanya dapat bertahan sampai pukul 10 malam.

Tetapi bayangkan dunia sebelum Thomas Alva Edison mencipta lampu elektrik. Tentunya berjaga malam hanya apabila diperlukan saja. Bagi orang Islam, berjaga malam hanyalah antara maghrib hingga isyak. Selepas masuk isyak dan solat, masing-masing masuk tidur. Tanpa lampu yang terang, tidak ada apa yang boleh dilakukan, maka lebih baik tidur kerana ia menjimatkan bahan api.

Mengubah

Tetapi cuba bayangkan orang zaman batu, di mana waktu malam hanya digunakan untuk menakutkan haiwan buas, maka sebaik saja mata hari terbenam, manusia akan terus masuk tidur, dan bangun hanya apabila hari sudah terang.

Lampu elektrik mengubah cara hidup manusia. Waktu berjaga lebih panjang. Kalau difikirkan, bagaimanakah manusia boleh mengubah waktu tidur yang lama menjadi pendek kerana penciptaan lampu elektrik itu? Tentu ada akibatnya? Mungkin daya tahan badan manusia semakin lemah kerana jangka waktu tidur semakin pendek.

Tetapi perubahan paling besar dan mendadak sedang berlaku ke atas generasi X, Y dan Z dalam zaman Internet ini. Pasti kesannya juga besar, berpanjangan dan tidak diketahui apa kesudahannya.

Internet dan globalisasi politik, ekonomi dan sosial sudah meruntuhkan batas perbezaan waktu. Sama ada di New York atau di Kuala Lumpur, tidak kira siang atau malam, manusia terus berhubungan dan melakukan aktiviti, tanpa mengira waktu, siang dan malam. Bila masa manusia tidur?

Itu belum dikira stres yang datang dengan kepesatan teknologi maklumat ini. Terlebih bebanan maklumat (information overload) dan perlakuan beraneka (multitasking) menghasilkan stres yang boleh mengganggu tidur. Maka insomnia menjadi lumrah pada zaman ini.

Untuk mengatasinya, banyak yang memakan ubat-ubat untuk tidur. Kalau tidak ubat, cara-cara lain dicari untuk memudahkan tidur. Tilam dan bantal yang direka bentuk bagi keselesaan tidur.

Bukan itu saja, penghawa dingin kini sudah banyak dipasang di seluruh dunia. Untuk mendinginkan manusia yang bertambah panas kerana pemanasan global. Dengan banyaknya penggunaan penghawa dingin, bertambahlah pengeluaran karbon dioksida.

Dengan tambahnya karbon dioksida, semakinlah panas bumi ini. Bertambahlah sumbangan kepada perubahan iklim. Penggunaan penghawa dingin hanya satu faktor. Lebih banyak lagi datangnya daripada perusahaan-perusahaan di seluruh dunia.

Kilang-kilang yang berpuluh-puluh tahun lamanya menggunakan tenaga bagi menghasilkan barangan konsumer mengeluarkan karbon dioksida beroperasi siang dan malam. Banyak manusia yang tidak tidur malam sehingga merosakkan kesihatan mereka. Tetapi akibat pengeluaran barangan yang semakin bertambah dan meluas, bumi pula yang menanggung perubahan iklim. Tetapi manusia tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada meneruskan membuat barangan untuk dijual dalam pasaran. Ini kerana hanya membuat dan menjual barangan, seseorang itu boleh meningkatkan pendapatan dan hidup senang. Tetapi kini keadaan ini mengancam manusia sendiri apabila ia turut menjadi penyumbang kepada kerosakan bumi.

Perubahan iklim yang turut mengakibatkan pelbagai ribut taufan dan banjir adalah hakikatnya bencana yang datang dengan perlahan-lahan tetapi pasti berlaku. Manusia sedang menghadapi stres dan tekanan kerana perubahan iklim yang turut menjejaskan ekonomi dan mutu kehidupan.

Kesemuanya ini akan mendatangkan tekanan dan ketegangan yang akan menjejaskan tidur manusia di seluruh dunia. Banyak manusia pasti sukar untuk tidur memikirkan masalah perubahan iklim dan kesan-kesannya. Termasuk mereka yang akan menghadiri Sidang Kemuncak mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen tidak lama lagi. Tetapi otak akan hanya cergas apabila tidur mencukupi dan hati terpelihara.

detikdaily


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive