Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Disember 09, 2009

Malaysia Hidupkan Peluang Ke Separuh Akhir


MAMAT Abdul Manaf melepasi asakan penjaga gol Kemboja, Samrith Seiha untuk menjaring gol pertama Malaysia, malam tadi.-Gambar BH

VIENTIANE, 8 Dis (Bernama) -- Malaysia menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas menewaskan Kemboja 4-0 pada saingan Kumpulan A, acara bola sepak Sukan SEA ke-25 di sini, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Chao Anuvong, di sini Selasa malam.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke-34, Norshahrul Idlan Talaha (min ke-76), S. Kunanlal (min ke-81) dan Shafiq Rahim (min ke-84).

Malaysia bagaimanapun terpaksa menang terlebih dahulu dalam perlawanan menentang juara bertahan edisi di Korat, dua tahun lepas, Thailand pada Jumaat ini sebelum menempah tiket ke separuh akhir.

Skuad bimbingan jurulatih K. Rajagobal hari ini beraksi tanpa penyerang Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang digantung dua perlawanan dan penjaga gawang Mohd Farizal Marlias yang digantung satu perlawanan selepas insiden kekecohan selepas tewas 1-3 kepada Vietnam pada perlawanan Ahad lepas.

Mempamerkan semangat juang yang tinggi, Malaysia membuka jaringan pada minit ke-34 selepas rembatan lintang Abdul Manaf dari sebelah kanan gawang Kemboja gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Samrith Seiha.

Malaysia memperoleh gol kedua menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha yang menampan kemas umpanan dari S. Kunanlan di depan pintu gol lawan sebelum S. Kunanlan sendiri menjaringkan gol ketiga dalam perebutan bola di depan gawang Kemboja.

Shafiq Rahim menyempurnakan gol keempat pasukannya menerusi sepakan penalti yang diberikan pengadil Saleem Ali dari Maldives selepas S. Kunanlal dijatuhkan lawan dalam kawasan kotak penalti.

Thailand kini menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan sementara Vietnam di tangga kedua dengan jumlah mata dan jumlah perlawanan yang sama.

Thailand bagaimanapun mendahului daripada segi jaringan selepas memungut 14 gol sementara Vietnam lapan gol.

Malaysia pula masih berada di tangga ketiga dengan mengutip enam mata daripada tiga perlawanan.

Kemboja di tangga keempat dengan tiga mata daripada tiga perlawanan sementara Timor Leste tewas semua perlawanannya.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive