Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 04, 2010

DAP selar SPRM catat 'sejarah'



PULAU PINANG - DAP semalam menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ia pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patologi kerana menjalankan tugasnya.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu' di Komtar di sini.

Kelmarin, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid 'Suara Keadilan' dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Guan Eng berkata, tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patologi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lalu, Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di Tingkat 14, bangunan yang sama.

Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner. - Bernama


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive