
IPOH- Empat buah bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ini.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian dan telah mengambil keterangan daripada beberapa pengawal keselamatan yang berada di stesen bas berkenaan bagi membantu siasatan.
"Siasatan sedang dijalankan dan kita menunggu laporan daripada forensik," katanya ketika ditanya sama ada polis mengesyaki berlaku perbuatan khianat.
Tiga daripada bas yang musnah itu dimiliki Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd.-Bernama
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Habih ler kume ni wei! Tak dapat ler kume balik ke Manjoi naik bas! Bukan tu jer, Keling kacang putih yg selalu kume beli buat kekudap dah tak mandang lagi. Saper kejadahnyer yang makor setesen bas. Bukannya senang bebenor nak naik teksi, tambangnya bukanya moghah, bunyi jer metar teksi bertambah jer `ting` mak oi! sakit jantung teman!
BalasPadam