Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 18, 2010

Kedah Sedang Rancang Pelan Strategik Lima Tahun




ALOR SETAR, 17 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kedah sedang menyediakan 'Pelan Strategik Kedah Sejahtera' yang akan menentukan halatuju bagi memacu pembangunan negeri sehingga 2015.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pelan strategik yang dirancang dengan kerjasama perunding itu penting kerana kerajaan negeri sedar dengan perkembangan ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap menerusi kehadiran pelabur tempatan mahupun asing, satu pelan yang menjelaskan hala tuju itu amat penting.

"Keutamaan diberikan kepada bidang pertanian, ternakan, akuakultur, aktiviti memproses dan produk pelancongan di samping meneruskan industri sedia ada," kata Azizan semasa menyampaikan ucapan sembah tahniah pada istiadat penganugerahan darjah sempena keputeraan ke-82 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pada hari Ahad.

Beliau berkata kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal dalam usaha mempercepatkan proses cadangan projek-projek swasta yang melibatkan tanah kerajaan negeri.

Azizan berkata sehingga Disember lepas 14 projek pertanian komersial dan pelancongan diluluskan.

Beliau berkata dasar perbelanjaan berhemah, pentadbiran telus dan berintegriti memberikan kedudukan kewangan yang stabil dan ditambah suasana kondusif yang memberi ruang untuk ekonomi negeri berkembang baik.

Sementara itu beliau berkata kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha untuk melaksanakan beberapa projek strategik termasuk pembinaan kampus tetap Kolej Insaniah di Kuala Ketil siap mengikut jadual pada 2012 supaya pengajian dapat dimulakan pada 2013.

Katanya pembangunan Bandar Tunku Puteri di kawasan 160 hektar di Gajah Mati, Pokok Sena sudah diluluskan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah Pokok Sena dalam tempoh 10 tahun.

-- BERNAMA


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive