Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 10, 2010

Kedah temui sentuhan


PEMAIN Johor, Azmi Sarmin (tengah) diasak dua pemain Kedah, Shahril Faizal Ahmad (kiri) dan V Thirumurugan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Naib juara Piala Malaysia, Kelantan diikat Terengganu

HATRIK Azlan Ismail menjulang Kedah merakamkan kemenangan 3-0 untuk mencetus duka buat pendatang baru, Johor dalam pembukaan saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Selepas mengasak bertubi-tubi, gol pembukaan yang dicari Kedah hadir pada minit ke-32 menerusi sepakan percuma Azlan yang terkena pertahanan tuan rumah menyebabkan Mohd Amrol Jaihan terpaku di gawang sendiri disusuli ledakan pada minit ke-81 dan 86.



Sementara itu, hanya dua minit diperlukan Pulau Pinang untuk mendahului saingan separuh masa pertama ketika berkunjung ke Stadium MBPJ Kelana Jaya bertemu KL Plus melalui rembatan kencang Mohd Faili Ghazali menewaskan penjaga gol, Mohd Faizal Rashid untuk gol pertama musim 2010.

Separuh masa kedua, menyaksikan KL Plus yang turun tanpa kapten kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah bangkit dengan dua gol pantas awal sebaik permainan dimulakan melalui Fazli Shaari di minit ke-48 dan 57 melalui Mohd Lot Abu Hassan sebelum menambah derita Pulau Pinang sebaik tamat masa sebenar permainan melalui gol Azi Shahril Azmi.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pertemuan antara tuan rumah menentang naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan, menarik minat penonton untuk memenuhi stadium namun kedua-dua pasukan gagal menceriakan penyokong mereka apabila seri tanpa jaringan.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang yang diberi nyawa kedua beraksi dalam Liga Super musim ini menggunakan sepenuhnya kelebihan di gelanggang sendiri menundukkan Perak 2-1. Gol Pahang diperoleh melalui Mohd Shahrizan Salleh minit ke-31 dan Azamuddin Mohd Akil (m49) sementara Perak memperoleh gol tunggal melalui Muhd Nazri Mohd Kamal (m22).

Di Stadium Cheras Kuala Lumpur menyaksikan tuan rumah mendahului Terengganu T-Team 1-0 ketika perlawanan menuju ke waktu rehat melalui jaringan Raimi Mohd Nor minit ke-41. Pelawat bagaimanapun menyamakan kedudukan masuk minit ke-72 permainan melalui Haris Safwan Kamal.

Johor FC memanfaatkan kunjungan ke utara tanah air bertemu Perlis dengan kemenangan 1-0 selepas masing-masing terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Mohd Riduwan Maon membuka jaringan untuk pasukan pelawat di minit ke-61 selepas merembat deras hantaran lintang Mohd Nurul Azwan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Farizal Marlias.

bharian


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive