Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 09, 2010

Rumah anggota Majlis Perbandaran Taiping ditembak

IPOH, Jan 8 — Dua das tembakan dilepaskan ke arah rumah seorang anggota Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di Taman Kota West di Taiping, kira-kira 100 km dari sini, awal hari ini.

Kejadian pada kira-kira pukul 2.30 pagi itu menyebabkan cermin tingkap rumah Teoh Ah Ba, 57, pecah.

Teoh berkata beliau terkejut daripada tidur apabila mendengar dua bunyi letupan tetapi tidak menyangka ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah rumahnya. Ketika kejadian isteri dan dua anaknya berada di rumah.

“Saya juga tidak mengesyaki apa-apa apabila melihat sebuah kereta, dipercayai jenis Perodua Kancil, memecut laju di depan rumah saya,” katanya yang telah dua penggal menjadi anggota MPT.

Ketika dihubungi pemberita hari ini, Teoh berkata beliau hanya mengetahui bunyi letupan yang didengarnya itu adalah tembakan apabila dimaklumkan anaknya kira-kira pukul 11 pagi selepas melihat tingkap rumah pecah serta menemui satu kelongsong peluru di luar rumah dan sebutir peluru melekat pada bingkai tingkap.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusuf Mohd Diah berkata polis menemui dua kelongsong peluru dan dua peluru di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati ia adalah dari pistol separa automatik jenis Walter.

Motif kejadian masih disiasat, katanya. — Bernama


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive