Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin.. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh
saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
Jawapan Selepas 3 tahun:
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
23. Oktober 2009
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak tuan
bertarikh 31 April 2006.
2. Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta
organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan
keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan
adalah dinasihatkan supaya tidak membuat “window shopping” di akhir tahun.
3. Pihak tuan juga digalakkan “mengukur baju di badan sendiri” dan
“melihat cermin muka sendiri’ akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak
saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
bunyi-bunyian atau serangan terhadap ”pihak ketiga” yang bukan termasuk
dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertama
pihak tuan.
4. Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk maklumat
pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa atau pun bonus
di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi saya ingin
menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan adalah tidak
wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.
5. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan
rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan
tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan
segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit
sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.
Sekian, terima kasih.
“BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA”
“BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA”
Yang Benar,
Isteri bin Perempuan.
Surat ini ditulis dihadapan:
Pak Mertua.
Mak Metua.
Adik ipar.
Dan Bibik Yang telah bekerja sejak 3 tahun yang lalu.
p/s: kalau awak nak yang nie..saya bagi free je.
matlamat
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Pasal poligami. Yang ni awas, Islam membenarkan poligami. Jadi siapa yang tidak dapat menerima, apa lagi kalau menentang, akan kufur, dengan alasan, menentang hukum Allah. Wallahu a'lam.
BalasPadamtapi, mana ada lelaki yg ikhlas nk poligami sekarang ni...boleh terima klo suami tu mmg cukup syarat..tp, klo suami pon hidup macam ikan kering dgn isteri pertama and still nk berpoligami...isteri berhak reject permohonan suami tu...
BalasPadam