LEMBU... Mungkin rakyat terpaksa kembali ke zaman silam menggunakan kereta lembu jika senario ini berterusan?
Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.
“RAKYAT Sabah mendapat hadiah paling istimewa daripada slogan ‘1 Malaysia’ dengan kenaikan bayaran Insuran kenderaan persendirian dua kali ganda pada tahun ini,” kata Abdul Wahid Abdullah kepada wartawan Sabahkini.net hari ini.
Kata Abdul Wahid, walaupun bayaran cukai jalan diturunkan oleh kerajaan, namun pembayaran premium insuran terus meningkat secara mendadak dua kali ganda, jadi penurunan bayaran cukai itu tidak bermakna. Pemilik kenderaan perlu menjelaskan insuran dahulu baru pergi ke JPJ untuk membaharui cukai jalan.
“Inikah dikatakan rakyat yang didahlukan, sebaliknya rakyat disengsarakan dengan cara seperti ini? Adakah Kerajaan BN yang membenarkan kenaikan ini?,” tanya Abdul Wahid.
Abdul Wahid turut tidak berpuas hati dengan agen MAA insuran di Tenom itu kerana tidak menghantar polisi setiap tahun kepada pelanggannya untuk memperingatkan kenaikan bayaran PCI 1sedangkan alamat pelanggan di polisi berkenaan amat lengkap.
“Tahun lalu dan sebelumnya premium insuran hanya RM85 setahun tapi kini dinaikkan RM185 lagi menjadi RM245 bagi kereta persendirian empat penumpang,” ujar beliau.
Menurut Abdul Wahid, ramai membatalkan hasrat mereka untuk memperbaharui Insuran kerana tidak bersedia membawa wang sejumlah yang diperlukan kerana ada di antaranya mencecah RM600 walaupun kereta mereka itu dikategorikan kelas tiga.
“Bagi motorsikal 99 CC pula, dulu insurannya hanya RM30 dan cukai jalan RM25 tetapi sekarang premium insuran RM100 dan JPJ kutip hanya RM2. Jadi jumlahnya RM102. Bermakna sekarang lebih tinggi daripada sebelum cukai jalan dimansuhkan oleh Kerajaan,” tegas Abdul Wahid yang terkilan dengan cara Kerajaan BN ‘menyembelih’ rakyat miskin di luar bandar.
SABAHKINI
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK