Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 23, 2010

Tabung Budi: Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

SHAH ALAM 22 NOV: Kerajaan Selangor akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata SYABAS tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada SYABAS. SYABAS tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama SYABAS, kerajaan negeri tidak menyatakan SYABAS boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen SYABAS dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan SYABAS pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada syarikat itu.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata SYABAS bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan SYABAS bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (SYABAS) sekarang bertaubat menolong rakyat..itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada SYABA Ssama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama SYABAS pada 2004,” katanya.

TVS

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive