Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 13, 2010

Cara mengajar media talibarut Umno, RTM dan TV3


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Ramai wartawan yang hadir ke sidang media Menteri Besar Kedah selepas mesyuarat mingguan Exco terpinga-pinga apabila, Dato’ Seri Azizan Razak menunjukkan keberangannya kepada RTM dan TV3.

Beliau betul-betul marahkan RTM dan TV3 yang telah menyiarkan laporan bohong kononnya kerajaan negeri ‘lembab dan berlepas tangan’ dalam menangani isu banjir besar yang melanda Kedah.


Bermula dari Menteri Besar, pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan negeri semuanya geram dengan laporan jahat oleh kedua-dua media talibarut BN yang membuat tohmahan tidak berasas bahawa mereka hanya ‘berpeluk tubuh’ dalam menanganai isu banjir, walhal semua agensi kerajaan bertungkus lumus siang dan malam membantu mangsa banjir.

Sewaktu menanti keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah ke pusat penempatan mangsa banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti baru-baru ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Masri telah mengherdik para pemimpin BN negeri yang mengeluarkan tohmahan tidak berasas tersebut.
Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung dan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah adalah antara yang tersipu-sipu terkena ‘semburan’ bekas orang penting pentadbiran negeri itu.
RTM dan TV3 sangat melampau dalam laporan isu banjir. Laporan banjir mereka penuh dengan propaganda untuk memburukkan kerajaan negeri. Orang ramai yang ditemuramah semuanya adalah orang Umno dan setiap percakapan mereka telah telah diprogramkan terlebih dahulu.

Seorang mangsa yang ditemubual media talibarut BN itu memberitahu bahawa tiada langsung bantuan dari pihak Negeri atau PAS, walhal di sebalik tabir wakil rakyat PAS menghulurkan hamper hingga ke pintu rumahnya. Mungkin dia tidak kenal wakil rakyat, tapi mustahil dia tak kenal simbol bulan yang terpampang dibungkusan barang yang diterimanya.

Seorang makcik yang ditemuramah memberitahu kononnya kerajaan negeri hanya memberi bantuan kepada penyokong ‘mereka’. Maksudnyanya tentulah penyokong PAS atau Pakatan Rakyat. Walhal, kakitangan kerajaan negeri tidak kenal pun mangsa itu Umno atau PAS sewaktu menjalankan tugas. Semuanya diberi sama rata.

Seorang Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) sekitar kampung Pulau Timbul, Jitra melahirkan kekesalan media talibarut BN yang melaporkan kononnya pihak kerajaan negeri dan PAS tidak nampak batang hidung di musim banjir.

“Kami (MKK PAS) yang membuka pos memasak makanan setiap hari dari hari awal banjir melanda. Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani) dan Datuk Zaini Jakpar (ADUN Bukit Kayu Hitam) antara yang mai makan di tempat kami dan dia pun tahu kami orang PAS, tiba-tiba media laporkan PAS tak pedulikan mangsa banjir…” keluh Pengerusi MKK tersebut kecewa.

Chor Chee Heung menuduh Menteri Besar mula menangani banjir di hari kelima, padahal tindakan membantu mangsa banjir bermula pada 1 November, hari pertama banjir mula melanda Daerah Padang Terap.
Sewaktu banjir berada di kemuncak Ustaz Azizan langsung tidak pulang ke rumah, bergerak awal pagi menangani banjir dan pulang lewat malam selepas melawat ke pusat-pusat penempatan banjir.
Macam mana beliau hendak pulang ke rumah kerana rumahnya di Jalan Sultanah turut dinaiki air ke paras lutut di dalam rumah. Lebih 20 tempat mangsa banjir dilawatinya. Datuk Seri Mahdzir Khalid yang lebih muda darinya sewaktu jadi Menteri Besar dulupun tidak mampu berbuat demikian.

Lima Exco kerajaan negeri di mana kawasan DUN mereka terbabit dengan banjir. Mereka dan ADUN Pakatan yang lain bekerja sepenuh masa menangani masalah rakyat ketika banjir.
Hampir semua program dan mesyuarat dibatalkan untuk memberi tumpuan kepada banjir. Ada wakil rakyat PAS yang tidur di pusat penempatan. Jentera kerajaan negeri pun begitu. Semua jenteranya digerakkan hingga ke tahap maksimum. Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, SADA, semua agensi kerajaan negeri dan sebahagian GLC bekerja 24 jam.
Rakyat yang tidak buta mata dan hati nampak dengan jelas peranan kerajaan negeri.

Apabila tiba-tiba media talibarut BN menuduh wakil rakyat PAS dan kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh maka ia adalah tuduhan yang sangat jahat. Hamburan kata-kata kasar dari seorang Menteri Besar masih dikira lunak berbanding kerja terkutuk yang RTM dan TV3 lakukan.
Melalui kerja berbohong dan memfitnah itulah, wang gaji diperolehi diguna untuk menyuap makanan ke mulut anak isteri. Alangkah hina. Mereka Perbuatan mereka, macam pelacur yang menjual maruah untuk menyara kehidupan.

Sesekali mungkin kita hairan apakah golongan seperti itu tidak kenal atau tidak takut akan dosa pahala. Pembohongan yang dibuat sampai ke seluruh pelosok dunia. Selagi ada orang yang mempercayai, semakin besarlah dividen yang diperolehi dari saham yang dilaburkan.

Soalan kedua, jika mereka tidak pedulikan pun soal halal haram sekalipun, apakah media-media talibarut BN ini tiada rasa simpati langsung terhadap pihak yang dibuli mereka siang malam. Tidak henti-henti memfitnah PAS, kerajaan dokongannya serta Pakatan Rakyat.

Sudah acapkali saya menulis, orang bertanya soalan ini samalah dengan pihak yang bertanya rejim Zionis, apakah tiada langsung rasa simpati mereka terhadap umat Palestin yang dizalimi tanpa henti.
Kesimpulannya, kalau mahu menyuruh media-media talibarut BN seperti RTM dan TV3 ini berhenti dari membuli pihak Pakatan Rakyat menggunakan kuasa media maka samalah macam menyuruh Israel berhenti membuli Israel dengan kuasa senjatanya.
Hati mereka seolah-olah tertutup untuk bersimpati terhadap pihak yang mereka fitnah saban hari.

Soalnya, apa pilihan yang ada pada Pakatan Rakyat? Memaki hamun hanya memberi kepuasan sementara, tetapi tetap terus juga memfitnah atau melakukan propaganda.
Tindakan yang wajar ialah saman. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Presiden kini Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Dato’ Mahfuz Omar adalah antara pemimpin PAS yang pernah menang saman terhadap media-media pemfitnah ini.
Media talibarut BN ini sangat melampau dan mesti diajar secukupnya.

DD

2 ulasan:

  1. Saya telahpun menulis di Kedahlanie mengenai pengalaman saya melalui kawasan banjir pada 6-7 Nov lalu. http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/banjir-kerajaan-bn-dan-media-punca.html
    Tak tahu macammana lagi nak ajar puak-puak RTM dan TV3. Saya sangat setuju dengan tulisan anda untuk menyaman puak ini sambil kita berdoa moga Allah membuka hati mereka yang sudah rosak itu. Sama-samalah kita bersabar dan tidak melayani secara berlebihan seperti saranan MSO. Kerajaan Najib dan Muhyiddin ,RTM dan TV3 lebih menyayangi puak-puak Indon dekat Gunung Merapi dari rakyat sendiri yang berlainan warna bendera yang sedang mengharungi ujian dan dugaan. Tidak mengapa Allah itu Maha Agung dan Maha melihat segala tindakan jijik dan kotor BN. Saya sendiri melihat dengan penuh terharu betapa mulia semua petugas dan orang kampung yang tidak menghirau warna bendera mereka malah sama-sama menghulur bantuan kepada mangsa termasuk saya dan keluarga.

    Mangsa dari Perak.

    BalasPadam
  2. Tuan blog....
    bagaimana agaknya jiwa mereka jenis nih yg mempropaganda kan fitnah....bila cukup bulan dapat gaji dan bila dapat gaji beli beras, ikan, roti dan disuapkan ke mulut anak-anak. Inilah antara jawapan hari ini yg keruntuhan remaja menjadi-jadi. Saya percaya ini ada kaitan dgn bersih haramnya sumber pendapatan

    utuh
    kabin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive