Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 22, 2010

Media BN terima arahan fokus ‘gambaran positif’ hadapi PRU-13

Oleh Jahabar Sadiq
 

Kebanyakan kumpulan media arus perdana di Malaysia dikuasai oleh Umno, MCA dan MIC, dan mereka mula menerbitkan laporan-laporan positif sejak lebih sebulan lalu mengenai perikatan itu, yang menurut seorang eksekutif media kanan, usaha itu sudah “mula menyaksikan momentum.”



“Kami sudah menerima arahan agar hanya mengeluarkan berita-berita yang menggambarkan suasana baik. Ia sudah menerima momentum,” kata eksekuif kanan terbabit kepada The Malaysian Insider.

Umno menguasai kedua-dua kumpulan media terbesar iaitu Media Prima Berhad yang memiliki akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia, stesen televisyen dan rasio, dan Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan akhbar tabloid Kosmo. MCA pula memiliki The Star dan beberapa stesen radio dan majalah manakala MIC memiliki Tamil Nesan.

Beberapa eksekuif editorial memaklumkan The Malaysian Insider bahawa pilihan raya umum kemungkinan diadakan suku pertama tahun depan dengan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak yakin akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen dengan merampas kerusi-kerusi dimenangi PR - komponen tidak formal tiga parti itu yang memperoleh 82 kerusi pada Mac 2008.

“Kami tidak boleh memainkan berita kelihatan baik (memihak BN) sepanjang masa,” kata seorang editor kanan sambil menambah, tetapi pada masa yang sama parti-parti Pakatan Rakyat tidak mempamerkan prestasi baik buat masa sekarang.

Beliau merujuk kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR secara tiba-tiba dan dakwaan kepincangan pemilihan langsung yang berakhir semalam. DAP juga menyaksikan perpecahan di dua negeri utamanya iaitu Perak dan Selangor.

Ketika pemilihan pucuk kepimpinan DAP Perak, kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu keluar manakala pemilihan negeri Selangor akan berlangsung hujung minggu ini.

PAS pula masih mula pulih daripada kekalahan di Galas manakala pemimpin-pemimpin muda pula mempersoalkan keberkesanan barisan kepimpinan lama seperti Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Kami kena fokus apa yang berlaku dalam PKR sekarang. Rakyat tahu bahawa mereka bukan lebih baik atau hebat berbanding BN sebagaimana mereka dakwa,” tambah editor itu.

Media dikawal BN melakukan serangan bertubi-tubi untuk membuktikan usaha-usaha Najib yang mahu membawa kembali pelaburan dan memastikan ekonomi negara berjalan lancar seiring dengan sasaran pertumbuhan tahunan enam peratus. Suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan 9.5 peratus tetapi dijangka merosot ekoran permintaan yang rendah.

Akhbar The Sunday Star semalam melaporkan Najib sedang memikirkan kemungkinan membuat rombakan Kabinet dalam usaha menghadapi pilihan raya umum tahun depan.

Rombakan itu yang dijangka bulan depan akan membolehkan beliau mempunyai pasukan kuat untuk membantunya melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan pembaharuan yang beliau rancang sebelum pilihan raya umum ke-13.

Sidang Parlimen yang berlangsung sekarang akan berakhir bulan depan.

Kata akhbar itu, rombakan Kabinet itu tidak akan sebesar yang beliau lakukan sejurus selepas menjadi perdana menteri dan sekecil yang diumumkan awal tahun ini.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga menteri dijangka akan digugurkan untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda.

Daripada tiga orang itu, seorang dikatakan muka kanan era Tun Dr Mahathir Mohamad manakala dua lagi menyertai Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Antara pilihan beliau ialah timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah (Pengajian Tinggi), Datuk Mukhriz Mahathir (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Latiff Ahmad (Pertahanan) dan Datuk Razali Ibrahim (Belia dan Sukan),” kata akhbar itu.

Akhbar itu bagaimanapun tidak menyebut nama menteri-menteri yang kemungkinan akan digugurkan tetapi berkata, rombakan kali ini hanya akan membabitkan Umno meskipun akan ada perubahan portfolio menteri dan timbalan menteri.

The Malaysian Insider difahamkan langkah Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC bulan depan akan membolehkan Senator Datuk G. Palanivel mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.

Najib mengumumkan rombakan Kabinet sebaik sahaja dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009 yang menyaksikan lapan menteri termasuk tujuh anggota kanan digugurkan.

Beliau membawa masuk tujuh muka baru sebagai menteri dan sembilan timbalan menteri muka baru.

Malah beliau juga mengecilkan bilangan kementerian daripada 32 kepada 27 dan jumlah menteri daripada 22 kepada 19.

Rombakan Kabinet dilakukan Jun lalu ekoran perubahan dalam kepimpinan MCA di mana Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas digugurkan.M/Insider



DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive