Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 24, 2010

Gaji RM22,826.65 Sebulan


PATUTLA SELAMA NI DEPA TAK PERNAH PI BERDEMO! NAK APA LAGI? RUMAH FREE,KERETA FREE,MINYAK FREE,TOL FREE,JALAN JEM PUN DEPA BOLEH MENCELAH LAJU JUGAK...
RAKYAT MINTAK GAJI MINIMA RM900 SEBULAN PUN BERJANGGUT NAK LULUS..SAMPAI JANGGUT PUN DAH BERUBAN TAK LULUS-LULUS LAGI...KAH!KAH!KAH!


KUALA LUMPUR 23 NOV: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1
Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

-Bernama.


3 ulasan:

  1. Tu hanyalah gaji pokok tidak termasuk elaun. kalau PM tentu la bermacam2 elaun dapat. yang mesti lebih tinggi dari gaji pokok. bayangkan kalau CEO GLC, TNB yang gajinya sampai RM600,000 sebulan?.. dua bulan dah jadi jutawan, inikan pula PM. sebab tu kita pelik walaupun menteri2 gaji sebanyak tu je tapi dapat kumpul harta berjuta2, renovate rumah berjuta2, ada kereta pelik2 yg susah kita org kampung nak sebut. contohnya mcm DS Shahidan Kassim. Dia boleh book no plate kete yang harganya mencecah ratus ribu RM. sebab tu masing2 terliur nak jd menteri.. apatah lagi yg dapat budget tertinggi dalam pembentangan audit lepas.

    BalasPadam
  2. Sbb yang sama juga lah pembangkang sibuk nak ambil alih Putrajaya..

    Berani kerat jari la klu pembangkang kata nak tolong rakyat semata-mata..tgk yang dok perintah Selangor ni pun cukup dahhh.....haakkkkk pppppttttuiiiihhh....same jer la...

    BalasPadam
  3. dei mangkuk.. benda yang dah berlaku hang buat2 tak nampak.. benda yang belum pasti berlaku hang jangan dok pikiaq.. tolong sebutkan sapa MP dari PR yang bolot harta.. Pas perintah Kelantan selama 20 tahun ada ke Nik Aziz bolot harta berkoyan2.. yang tak perintah Nuar Musa pulak yang pelingkup duit PPRT.. Selagi PAS berada dalam PR selagi tu xkn ada mana2 MP yang terniat nak pelingkup harta rakyat.. kalau ada hayat politik mereka takkan lama..paling lama sepenggal.. tapi dalam BN mana yang rasuah banyak, lobi dan bodek PM banyak dia la yang berkuasa.. Kepada "tara nama" Ko simpan la kahak ko tu..telan balik pun takpe.. kalau ludahkan pun pasti akan terjilat semula..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive