Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 12, 2010

Shamsul cabar Zaid berdebat


JOHOR BARU, 12 Nov — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.
Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

“Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada.

Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.

Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu.

Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.

Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu.

Sementara itu, Anwar memuji prestasi pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sehingga kini.

Menurutnya, Chua berjaya membuktikan kepimpinannya dengan menarik 23 daripada 24 cabang PKR Johor ke majlis perjumpaan tersebut.

Ketika ditanya, Chua berkata wakil cabang Sri Gading tidak hadir ke perjumpaan itu walaupun notis telah diberikan.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa wakil cabang itu tidak hadir, namun akan meminta penjelasan dari mereka kemudian.

Kelmarin, lima ahli dari cabang Sembrong bertindak meletak jawatan dalam parti kerana dikatakan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Chua dan pemilihan parti.

Mereka adalah Ketua Cabang, Saiman Marjuki; Naib Ketua, Abdul Aziz Abdul Kadir; Ketua Wanita, Noraini Abdul Kadir; dan dua ahli jawatankuasa. — Bernama

TMI

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive