Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 19, 2010

Pengacara TV wanita tawar Presiden tidurinya



Seorang pengacara televisyen Jerman dan aktivis antinuklear, Charlotte Roche menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden negaranya yang sudah beristeri jika undang-undang kontroversi untuk melanjutkan jangka hayat 17 reaktor nuklear Jerman dimansuhkan, lapor sebuah akhbar.

Pengacara berusia 32 tahun yang pernah menerima anugerah tertinggi kewartawanan Jerman itu berkata, dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden Jerman, Christian Wulff jika beliau berjaya menghalang pelaksanaan undang-undang tersebut.

“Saya menawarkan untuk tidur bersamanya jika dia tidak menandatangani undang-undang itu,” kata Roche dalam satu temu bual dengan majalah Der Spiegel.

Wanita itu menyatakan, beliau telah berbincang mengenai perkara ini dengan suaminya yang tidak menghalang tawaran tersebut.

Peruntukan undang-undang untuk memanjangkan hayat 17 buah reaktor nuklear yang berusia lebih 12 tahun itu sepatutnya berakhir pada tahun 2020.

Undang-undang itu diwujudkan oleh pentadbiran terdahulu dan diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Jerman, Bundestag seminggu lalu.

Namun, pemerintah memutuskan bahawa undang-undang baru itu tidak memerlukan kelulusan dewan tertinggi, Bundesrat, dan ia hanya memerlukan tandatangan Wulff untuk disahkan sebagai undang-undang.

Roche menjadi popular di Jerman selepas beliau muncul buat kali pertama pada 1988 di televisyen.

Beliau menjadi penganjur tunjuk perasaan bagi menentang pemindahan 123 tan sisa buangan radioaktif dengan menggunakan kereta api di utara Jerman pada minggu lalu. – Agensi

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive